Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 26, 2025 @ 7:15pm

Awie, Search Kid Din Gegar Pulau Pinang & Johor Menerusi Rockology Concert Tour 2025

Muzik rock tempatan bakal kembali bergema dengan penganjuran Rockology Concert Tour 2025, satu konsert jelajah berskala nasional anjuran penuh oleh RPM Events Sdn. Bhd. yang bertujuan mengangkat semula kegemilangan muzik rock Malaysia.

Konsert ini bakal menyatukan dua nama besar dalam dunia rock tanah air iaitu Datuk Awie dan Search Kid Din yang akan berkongsi pentas dalam satu persembahan penuh nostalgia dan tenaga, sekaligus menjadi medan buat peminat mengimbau kembali era kegemilangan muzik rock tempatan.

Menurut Awie, penglibatannya dalam konsert ini lahir daripada kepercayaan terhadap semangat dan misi penganjuran tersebut.

“Saya terima pelawaan untuk terlibat dalam Rockology Concert Tour 2025 kerana saya percaya pada misi dan semangat di sebalik jelajah ini. Ia bukan sekadar konsert biasa, ini adalah satu gerakan untuk menghidupkan semula jiwa rock tanah air,” ujarnya.

Rockology Concert Tour 2025 akan berlangsung di dua lokasi utama. North Chapter bakal berlangsung di Midtown Perda, Pulau Pinang pada 21 Jun 2025, manakala South Chapter dijadualkan di EduCity Sports Complex, Johor pada 5 Julai 2025. Kedua-dua lokasi ini dijangka menarik lebih 15,000 peminat muzik rock dari seluruh Malaysia serta Singapura.

Tiket bagi North Chapter kini telah mula dijual menerusi laman web rasmi https://rpm.ubertickets.asia/, dengan harga bermula serendah RM98.

Penganjur menegaskan bahawa harga tiket yang berpatutan itu adalah untuk memastikan akses kepada semua lapisan masyarakat.

“Ini adalah peluang untuk rakyat Malaysia menyaksikan gabungan legenda rock seperti Awie dan Search Kid Din dalam satu pentas bersejarah,” jelas wakil RPM Events.

Sementara itu, maklumat berkenaan jualan tiket bagi South Chapter akan diumumkan dari semasa ke semasa menerusi platform rasmi penganjur.

Dengan semangat rock yang terus membara, Rockology Concert Tour 2025 diyakini bakal menjadi antara acara muzik paling dinanti tahun hadapan, dan sekali gus menyuntik semula semangat rock dalam kalangan peminat lama dan generasi baharu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 21 Mar 2019

Kursus Motivasi Separa Bogel Kejutkan Ramai Pihak

Macam-macam lah manusia sekarang

Hiburan Mon, 25 Mar 2024
Hiburan Thu, 18 Jul 2024

[VIDEO] Berkawan Sejak Berusia 19 Tahun, Zarina Anjoulie Anggap Bekas Suami Nora Danish Sebagai Abang – “Nedim Bukan Jenis Lepas Cerai Cari Perempuan Lain”

‘Selepas Nedim bercerai kami berhubung semula, tapi hubungan tak lebih dari abang adik’ – Zarina Anjoulie

Hiburan Tue, 20 Aug 2024
Featured Fri, 28 Feb 2025

Diinspirasi Dari Kisah Peribadi, Nyoman Paul Tuju Lagu ‘Alunan Mimpi’ Buat Mendiang Sahabat

MV ini dihasilkan oleh You Know Who Film dengan David Christover bertindak sebagai Director of Photography.

Hiburan Sun, 2 Feb 2025

DJ Kidd Jawab Emma Maembong Ada Dalam Hati

DJ Kidd jawab Emma Maembong ada dalam hati

Hiburan Mon, 26 Jan 2026

Ditegur Isu Laser Pada Kemaluan, Reaksi Tenang Sasha Abdul Aziz Raih Pujian Ustazah Asma Harun

Asma menyifatkan reaksi Sasha yang tidak melatah, sebaliknya memilih untuk mendengar serta memperbetulkan keadaan

error: Content is protected !!