Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 27, 2025 @ 6:40pm

“Pati Haruan? Doktor Saya Larang” – Ayda Jebat Kongsi Tip Pemakanan Ibu Bersalin Secara Pembedahan

Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat berkongsi pengalaman melahirkan anak secara pembedahan atau caesarean (czer) serta amalan pemakanan yang sesuai untuk wanita yang melalui proses sama.

Menurut Ayda, 33, tiada sekatan ketat dari segi pemakanan selepas bersalin secara pembedahan, berdasarkan nasihat yang diterimanya daripada doktor ketika melahirkan anak sulung.

“Doktor saya cakap, tiada pantang makanan khusus. Kalau orang kata tak boleh makan ayam atau kicap, itu tidak tepat. Ayam adalah sumber protein yang baik, dan boleh saja dimakan, asalkan tidak menimbulkan alahan seperti rasa gatal.

“Cuma kena cuba dalam kuantiti sedikit dulu. Kalau tiada reaksi, boleh teruskan,” katanya.

Bagaimanapun, pelantun lagu Pencuri Hati itu menegaskan doktor menasihatinya untuk mengelak daripada mengambil pati ikan haruan, walaupun ia sering dikaitkan dengan penyembuhan luka bersalin.

“Doktor saya memang tak galakkan makan pati ikan haruan. Katanya, untuk kes pembedahan, jahitan bahagian dalam boleh terkesan. Ada kemungkinan tisu melekat dan menyebabkan hasilnya tidak cantik,” jelasnya.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat mendirikan rumah tangga dengan personaliti TV, Nabil Mahir pada 1 Januari 2021. Pasangan itu kini dikurniakan dua cahaya mata, Ana Nayla dan Aali Mateen.

@ajmuahciked

@Ayda Jebat share tips czer cepat sembuh menurut nasihat yang doktor berikan. Live AydaJebat #AydaJebat #Czer #Care #Baby #fypviralシ #fyp

♬ A Day in My Life – Raya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Mar 2023

Puteri Sarah Dedah Anak Tahu Konflik Rumah Tangga Dari Youtube -“Dia Tak Terus Tanya Dengan Saya…”

Sebaknya min😰 Anak-anak mesti sedih tapi tak reti nak express😳

Featured Wed, 20 Apr 2022
Hiburan Thu, 27 Mar 2025

Nabil Ahmad Dedah Menangis Di Masjid Selepas Dapat Berita Sedih, Berzikir & Beramal Sepanjang Tempoh Direhatkan

Nabil Ahmad hanya menumpukan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan selepas berdepan dengan kontroversi.

Hiburan Mon, 14 Jul 2025
Featured Wed, 22 Oct 2025

Neelofa Pasang Target Hafal 70 Doa Nabi – “Kita Tak Pernah Lambat Untuk Mula”

Neelofa memaklumkan dia kini dalam proses menghafal beberapa doa yang diamalkan dan diajarkan oleh Nabi.

Hiburan Wed, 10 Aug 2022

Gabung Elemen Etnik Jawa & EDM, Aisha Retno Memperkasakan Wanita Dengan Sutera

Sutera lagu Aisha Retno yang memperkasakan kaum wanita.

error: Content is protected !!