Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 29, 2025 @ 6:15pm

[VIDEO] Ucap ‘Happy Birthday Sayang’, Pelukis Grafiti Terkenal Perancis Suami Baru Sharifah Sakinah?

Identiti suami baru pelakon versatil, Sharifah Sakinah kini seolah-olah sudah terjawab selepas tular sebuah video di platform TikTok.

Sebuah video yang dikongsikan oleh @duniaartismalaysia memaparkan beberapa tangkap layar yang diambil daripada akaun Instagram (IG) Cyril Kongo iaitu individu lelaki dipercayai suami kepada Sakinah.

Perkongsian tersebut menunjukkan beberapa foto Sakinah bersama jejaka tersebut yang merupakan seorang pelukis grafiti terkenal di Perancis.

Malah, Cyril juga memuat naik foto Sakinah dengan ucapan mesra ‘Happy Birthday Sayang’ sempena ulang tahun selebriti itu yang ke-36 tahun di Instagram Story (IGs) miliknya.

@duniaartismalaysia

Pelukis Terkenal, Suami Sharifah Sakinah Akhirnya, terjawab sudah siapalah suami Sharifah Sakinah. Sebenarnya, admin sudah tahu lama siapa suami Sharifah Sakinah ini, cuma ‘team’ kami perlu simpan sebagai rahsia. Kami perlu menghormati ‘privacy’ orang lain. Pasti bersebab empunya badan tidak mahu berkongsi siapa suaminya. Terdahulu, dalam satu temubual selepas dia berkahwin, pihak media bertanya kepadanya dengan siapa dia berkahwin, Sakinah memaklumkan kepada media, biarlah rahsia. Ada sebab suaminya tidak mahu dedahkan identitinya. Apabila, suami Sakinah sendiri iaitu Cyril Kongo sendiri, perkenalkan Sakinah di ‘insta stories’, miliknya, maka admin juga berani untuk kongsikan kepada umum mengenai berita ini. Dalam perkongsian tersebut, suami Sharifah Sakinah telah memberi ucapan kepadanya di ‘insta stories’ miliknya, dengan ucapan, “Happy birthday sayang🫶❤️🙏💐🪐💫🌹🌺🪻🥀🌸🌞🍄” di gambar pertama. Pada gambar kedua, suami Sakinah telah berkongsi menulis ucapan, “Joyeux anniversaire sayang 🌞🌻🌼🌸🌹❤️🫶”. Manakala pada gambar perkongsian ketiga, Cyril Kongo memberi ucapan, “🤪🤪🤪🤪Selamat ulang tahun sayang 🍄🪐💫🌺☀️”. Pada gambar terakhir, suaminya mengucapkan, “Happy Earthstrong my Queeeennnnn🤪❤️🍄✌️”. Kami di Dunia Artis Malaysia juga ingin mengucapkan, “Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired ke-36”. Semoga berbahagia bersama insan tersayang. Dunia Artis Malaysia HQ #sharifahsakinah #sakinah #fypシ゚viralシ #duniaartismalaysia #sharifahsakinah #viral #fypシ゚viralシ #cyrilkongo #fypchallenge #BeritaSemasa #tular #ArtisMalaysia #hangat #ceritaartismalaysia #santai #duniaartis #artiskahwin #artis #artismalaysia #trending #sharifahsakinah #sakinah #bimbo

♬ original sound – Iema Arthie – iema.arthi

April lalu, Sakinah mengesahkan dirinya telah mendirikan rumah tangga buat kali ketiga, minggu lalu.

Namun begitu, Sharifah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired tampil memohon maaf kerana tidak dapat mendedahkan identiti suami barunya itu.

Artikel Berkaitan: Rahsiakan Identiti Suami, Sharifah Sakinah Sah Kahwin Kali Ketiga

Sumber: TikTok Dunia Artis Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 26 Oct 2021

Gadis Teruja Pertama Kali Bertemu Teman Lelaki Selepas 11 Bulan Bercinta Dalam PUBG

Permainan video nampaknya semakin popular dalam kalangan anak muda masa kini. Malah, ada yang menjadikan platform permainan video sebagai tempat berkenalan dan bertemu jodoh. Siapa sangka, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @raden.girin ini telah […]

Trending Tue, 30 Oct 2018
Hiburan Tue, 30 Jan 2018

Nikah Diam-Diam? Mana Ada, Saya Masih Single

Ayda Jebat mengaku dia masih single dan masih belum dimiliki sesiapa. Habis pertunangan atau perkahwinan siapakah yang diadakan tu?

Trending Fri, 5 Jun 2020
Trending Thu, 16 May 2024
Featured Fri, 9 Jul 2021

Bekas Anggota Kumpulan Nasyid Rabbani Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Bekas anggota kumpulan Nasyid  Rabbani iaitu Azizan Khalid dilaporkan telah meninggal dumia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kelmarin. Difahamkan, Allahyarham mengalami sesak nafas selepas mengambil sarapan sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia sekitar […]

error: Content is protected !!