Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin May 31, 2025 @ 5:04pm

Nidji Kembali Ke Malaysia Dalam Misi Bersama Ejen Ali The Movie 2

Kumpulan muzik popular dari Indonesia, Nidji, kembali menemui peminat Malaysia dengan semangat baharu menerusi kolaborasi istimewa bersama Ejen Ali The Movie 2 (EATM2).

Selepas kejayaan lagu tema ‘Teman Sejati’ , kumpulan ini bakal menghangatkan lagi suasana musim cuti sekolah dengan pelbagai acara eksklusif bersama peminat bukan sahaja dari kalangan Nidjiholics, tetapi juga pencinta dunia Ejen Ali.

Menerusi aktiviti Ejen Ali Nonton Bareng with Nidjiholics, peminat berpeluang bertemu dengan ahli kumpulan Nidji sambil menyaksikan tayangan filem EATM2 pada 1 Jun ini.

Antara lokasi Ejen Ali Nonton Bareng with Nidjiholics adalah seperti berikut:

Lokasi : GSC IOI City Mall, Putrajaya (WEST)
Tarikh:  1 Jun 2025
Sesi tayangan: 2:25 petang dan  2:45 petang
Meet & Greet: Selepas tayangan

Lokasi : GSC One Utama
Tarikh: 1 Jun 2025
Masa: Meet & Greet: 9:00 malam
ayangan bersama: 9:15 malam

Tiket berharga RM35 termasuk tayangan filem dan barangan rasmi Ejen Ali.

Manakala, pada 3 Jun pula, Nidji akan melawat empat dewan tayangan selepas sesi tayangan pada jam 12:30 tengahari, 12:45 tengahari, 1 petang dan 1:15 petang.

Peminat juga berpeluang bergambar bersama Nidji, maskot Ejen Ali dan Ejen Alicia serta memenangi barangan eksklusif filem.

Dan, sebagai penutup manis kehadiran mereka, Nidji akan tampil dalam sebuah rancangan khas di TV3 yang menampilkan lagu-lagu hits mereka dan lagu Teman Sejati.

Tayangan eksklusif ini bakal disiarkan pada bulan Jun 2025 sempena ulang tahun ke-41 TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 16 Dec 2020
Hiburan Wed, 29 May 2019

Skuad Seratus Ikhlas Undur Diri

Skuad Seratus Ikhlas telah melabuhkan tirainya di majlis berbuka puasa yang berlangsung di tapak TV3 Grand Bazar Ramadan Raya semalam.

Hiburan Fri, 26 Jan 2018

TAHNIAH! JIHAN MUSE DAPAT BABY BOY

Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 35 akan mengambil masa selama 2 bulan untuk berehat daripada menjalankan apa-apa aktiviti seni untuk memberi tumpuan kepada keluarganya itu

Featured Tue, 4 Jan 2022

Tular Video Pemandu Lori Langgar Tiga Buah Kereta Dituduh Mabuk, Rupa-Rupanya Sedang Alami Sakit Jantung

Baru-baru ini tular sebuah video menunjukkan seorang pemandu lori yang terlibat dengan satu kemalangan membabitkan tiga buah kereta yang berlaku di Jalan BRP 8/2, Sungai Buloh berdekatan dengan kilang Daikin. Seorang wanita yang merakamkan kejadian […]

Featured Tue, 30 Nov 2021

Lelaki Maut, 5 Cedera Dirempuh Pemandu Mabuk

Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya dirempuh sebuah kereta dipercayai dipandu pemandu mabuk di persimpangan lampu isyarat Klebang, Melaka pada Isnin. Perkongsian itu dimuat naik di laman Facebook oleh Siti Aisyah Mahmood yang menunjukkan […]

Hiburan Fri, 19 Jul 2019

Lepas Aishah, Firman Pula Ragui Berlian Vida?

  Selepas penyanyi Aishah menerima berlian dan barang kemas ganti dari Datuk Seri Vida, penyanyi Firman Siagian pula tampil dengan dakwaan serupa. Menurut Firman, subang berlian yang diberikan usahawan terkenal, Datuk Seri Vida adalah palsu. […]

Hiburan Thu, 5 Jul 2018

“Saya Taknak Sorok Benda Baik” – Nelydia Senrose

Nelydia Senrose katanya ingin mendirikan rumah tangga bersama jutawan muda, Hafiz. Layari www.xtra.com untuk lebih lanjut….

Hiburan Fri, 12 Jun 2026

“Masih Nak Romantiskan R*gol Dalam Naskhah Cinta?” – Tiz Zaqyah Tegur Mentaliti Masyarakat, Anggap Isu Seksual Bukan Tabu

Tiz turut mengkritik segelintir pihak yang masih menormalisasikan atau meromantiskan jenayah seksual menerusi karya fiksyen.

Hiburan Thu, 13 Feb 2025
error: Content is protected !!