Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 31, 2025 @ 6:17pm

“Saya Terasa, Tapi Itu Semua Penguat Semangat” – Scha Elinnea Dah Tak Ambil Pusing Kecaman Netizen

Pernah terpalit dengan beberapa isu panas yang mengundang kecaman netizen, pelakon Scha Elinnea mengakui dia tidak mampu menutup mulut semua pihak, namun memilih untuk terus melangkah tanpa menoleh ke belakang.

Menurut Scha atau nama lengkapnya, Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, 26, biarpun hatinya pernah terguris dengan kata-kata sinis dan persepsi negatif netizen terhadap dirinya, namun dia enggan membiarkan kecaman itu terus ‘membunuh’ semangatnya.

“Saya tak kisah sebab semestinya manusia ada hati dan perasaan. Bila orang cakap buruk, saya terasa, tapi saya ambil benda tu sebagai penguat untuk teruskan dalam bidang ni,” katanya.

Meskipun pernah dikecam dan tersandung dengan kontroversi, namun begitu, Scha menegaskan dia kini lebih matang dalam mengawal situasi dan tidak lagi mudah terkesan dengan komen orang luar.

“Saya tak ambil hati dengan orang yang saya tak kenal. Jadi tak mengapa pun. Orang boleh buat tanggapan apa yang mereka nak, hanya saya yang tahu diri saya sendiri,” jelasnya.

Scha berkata demikian ketika ditemui di sesi bersama peminat drama Anak-Anak Mafia berlangsung di WTC Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Tambahnya, sokongan ibu dan keluarganya menjadi kekuatan utama dalam meneruskan langkah dalam dunia seni walaupun kadangkala rasa ingin mengalah itu hadir.

“Penguat saya adalah ibu saya dan keluarga. Mereka sentiasa ingatkan saya kenapa saya mulakan perjalanan ni. Jadi saya tak mudah putus asa,” katanya.

Scha turut menyedari perhatian ramai terhadap kehidupannya di media sosial, namun memilih untuk bersikap lebih berhati-hati dan tidak mendedahkan segala-galanya.

“Peminat suka tengok saya kongsi buat tutorial makeup, siaran langsung… tapi saya pilih apa yang saya nak tunjuk. Bukan semua benda perlu dikongsi,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, aktres drama rantaian Nuh dan Nayla itu pernah terkait dakwaan ‘dibela’ oleh sugar daddy, namun dia menepis gosip tersebut.

Artikel Berkaitan: Cantik Bukan Sebab Jalan Pintas, Scha Elinnea Nafi ‘Buat’ Hidung

Artikel Berkaitan: “Takkan Saya Nak Bagi Duit Haram Pada Keluarga” – Scha Ellinnea Tepis Dakwaan ‘Dibela’ Sugar Daddy

Dalam pada itu, Scha bakal menghiasi drama bersiri Anak-Anak Mafia yang akan bersiaran di Tonton.

Anak-Anak Mafia bukan sekadar kisah balas dendam, tetapi juga menggali makna kepercayaan, pengorbanan dan kuasa yang boleh meruntuhkan segalanya, termasuk perasaan sendiri.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kisah penuh konflik ini secara eksklusif di Tonton, bermula 12 Jun 2025!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 10 Nov 2018

不是帅哥也可以!男人5大特质让女生好想跟你在一起

既然称不上是大帅哥了,更要养成其他方面的魅力才行,这5个条件只要做足了,事实上也没什么好挑剔了……

Hiburan Mon, 7 May 2018

Luahan Akim Buat Arwah Ibu

Yakin abang satu hari nanti kita akan bersama. Satu hari nanti akan tiba, tak sabar rasa menunggu masanya,” tulis beliau.

Hiburan Thu, 1 Feb 2024
Featured Wed, 17 Jan 2018

Putus Cinta : 8 Cara Bangkit Semula

Putus cinta setelah sekian lama menyulam kasih cukup memeritkan. Tapi mahu atau tidak, kehidupan wajib diteruskan. Menangis dan meratap pemergian orang yang pernah disayangi bukanlah caranya move on dan melupakan segala luka. Bangkitlah semula dengan […]

Hiburan Tue, 25 Mar 2025
Featured Wed, 16 Nov 2022

Ramai Cemburu Lihat Daiyan Trisha Bergambar Bersama Pelakon Thailand – “Tutorial How To Be Daiyan…”

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha mengundang rasa cemburu dalam kalangan peminat apabila berkongsi gambar bersama pelakon popular Thailand, Gulf Kanawut. Terbaharu, sebuah perkongsian yang dimuat naik di laman TikTok Daiyan telah berjaya meraih perhatian ramai […]

error: Content is protected !!