Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 31, 2025 @ 6:15pm

Kolaborasi Emosi Ernie Zakri & Anggi Marito Terbit Dalam ‘Kisah Penuh Kecewa’

Dua bintang vokal luar biasa dari Malaysia dan Indonesia, Ernie Zakri dan Anggi Marito, tampil dalam sebuah kolaborasi penuh emosi menerusi single terbaharu mereka berjudul. “Kisah Penuh Kecewa”.

Dicipta oleh Clara Riva, Ernie Zakri, Anggi Marito, dan S/EEK, lagu ini merupakan sebuah ‘power ballad’ yang menyelami luka akibat cinta yang tidak kesampaian.

Namun, ia bukan sekadar ratapan kecewa sebaliknya membawa mesej ketabahan dan kekuatan jiwa dalam menghadapi realiti perpisahan.

Kata Ernie yang juga pemenang Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu Ke-39 (AJL 39),  lagu ini menceritakan kisah cinta yang berakhir bukan kerana tiada rasa, tetapi kerana salah seorang pasangan sudah memilih untuk tidak bersama lagi.

Namun begitu, di sebalik kekecewaan tersebut, wujud kekuatan untuk terus melangkah ke hadapan.

“Lagu ‘Kisah Penuh Kecewa’ ini adalah sebuah lagu yang sedih, mengenai cinta yang tidak menjadi kenyataan kerana pasangan sudah tidak mahu meneruskan hubungan. Tapi di
penghujungnya, lagu ini membawa kekuatan yang mana lelaki atau wanita itu tetap tabah untuk menghadapi segala cabaran,” katanya.

Proses rakaman lagu ini turut memberikan pengalaman yang bermakna buat Ernie apabila dia perlu merantau ke Jakarta untuk sesi rakaman bersama Anggi dan pasukan produksi di sana.

“Rakaman berjalan dengan baik, tidak banyak cabaran. Cuma ketika itu kita sudah memasuki bulan Ramadan, jadi agak mencabar juga bila tak boleh minum air ketika rakaman.

“Kalau sakit tekak pun kena tahan. Tapi selain itu, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar,” jelasnya.

Meskipun  berbeza latar negara, kolaborasi antara dia dan Anggi membuktikan bahawa muzik tidak mengenal sempadan.

Malah, gabungan suara unik dan emosi yang tulus menjadikan “Kisah Penuh Kecewa” sebuah lagu balada yang bukan sahaja menyentuh hati, malah memberikan ruang untuk pendengar merasai sendiri perjalanan perpisahan yang pedih, namun penuh kekuatan.

“Lagu ini sangat ‘straightforward’ dari segi liriknya. Saya rasa ramai pendengar akan mudah faham dan boleh kaitkan dengan mesej lagu ini. Saya cuma harap mereka dapat menikmati lagu ini, dan kalau pernah melalui pengalaman sama, mungkin lagu ini boleh jadi peneman,” tambahnya.

Bagi Anggi Marito pula, berkolaborasi dengan Ernie Zakri adalah satu penghormatan yang amat besar buat dirinya.

Sebagai peminat Ernie, Anggi menyifatkan penyanyi lagu Aura itu sebagai seorang yang bukan sahaja mempunyai vokal hebat, tetapi juga mampu menyampaikan rasa dengan begitu
menyentuh.

“Saya sudah lama mengenali nama Ernie dan mengagumi suaranya yang begitu indah. Dia punya ‘power’ dan ‘feel’ yang sangat dalam.

“Setiap lagu yang dia nyanyikan terasa langsung ke hati. Saya rasa sangat terhormat dapat bekerja sama dengannya,” ujar Anggi dengan penuh teruja.

Justeru, sebagai pelengkap kepada kolaborasi istimewa ini, Anggi Marito akan membuat penampilan istimewa dalam konsert Aura: Ernie Zakri Live in Concert pada 31 Mei 2025 di The Theatre at Mediacorp, Singapura.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Oct 2018

潘裕文重新诠释《因为》唤起对爱情的纯真!

潘裕文最新翻唱单曲《因为》10月17日全马首播!“希望能唤起大家对爱情的纯真与想像,好好的去爱一个人。”

Featured Thu, 29 Mar 2018

Banyakkan Istighfar Dan Maafkan Semua Yang Menyakiti Hati Love – Pesan Ibu Buat Neelofa

Meski hancur hati dengan cara dunia maya menghakimi anak perempuan kesayangannya, Neelofa, yang dilemparkan dengan pelbagai tohmahan oleh netizen, Datin Noor Kartini Noor Mohamed, 52, tidak sedikitpun melatah atau berasa rebah dengan keadaan itu.

Featured Thu, 8 Sep 2022
Featured Wed, 2 Oct 2019

Senaman untuk wanita pertengahan usia

Jangan biarkan usia menjadi penghalang untuk tubuh badan yang sihat

Hiburan Sun, 21 Jul 2024
Hiburan Tue, 19 Nov 2024

Gara-Gara Anak Disamakan Dengan Binatang, Syifa Melvin Akhirnya Buat Laporan Polis

Syifa juga akan ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan selanjutnya.

Featured Thu, 2 Mar 2023
Hiburan Thu, 11 Jan 2018

Farid Kamil Sah Positif Ganja

Perkara tersebut telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din.

error: Content is protected !!