Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 1, 2025 @ 5:29pm

Mariam Saim Teruja Buka Pentas Showcase Hael Husaini, Anggap Peluang Besar Dalam Karier Seni

Walaupun tidak berjaya mara ke peringkat akhir dalam program realiti One in a Million (OIAM), nama Mariam Saim terus mencuri perhatian peminat muzik tanah air.

Kini tampil dengan dua karya, single solo berjudul Bulan dan single duet Puaskah bersama Ameerais, Mariam mencatat satu lagi kejayaan apabila terpilih sebagai artis pembuka untuk showcase penyanyi tersohor, Hael Husaini Antonim Night yang berlangsung di Nero Event Space, PJ PAC, 1 Utama, malam tadi.

Berkongsi rasa teruja, Mariam menyifatkan peluang tersebut sebagai detik bermakna dalam kerjaya seninya.

“Sejujurnya, saya rasa sangat terharu dan bersyukur bila dapat tahu saya bakal jadi ‘opening act’ untuk showcase Hael. Saya memang melihat Hael sebagai seorang figura yang sangat berkarisma, jadi bila diberi peluang, saya anggap ini satu langkah besar dan motivasi untuk terus berusaha dalam industri ni sebagai penyanyi baru,” katanya.

Lebih manis, peluang itu datang daripada Hael dan pasukannya sendiri yang memilih Mariam daripada kalangan ramai bakat baharu di pasaran kini.

“Saya pun terkejut bila dapat tahu Hael dan team pilih saya. Dalam ramai penyanyi baru yang berbakat sekarang, saya rasa sangat bersyukur dan terharu dengan rezeki ni. Lagi-lagi bila diberi kepercayaan untuk bawakan lagu-lagu beliau.

“Mungkin Hael nampak kesungguhan saya atau ada sesuatu pada suara dan cara saya menyampaikan sesebuah lagu. Saya anggap ni satu pengiktirafan yang sangat bermakna. Sudah tentu saya rasa bangga dan bersyukur sangat,” katanya sambil menyifatkan Hael sebagai individu yang tidak lokek memberi peluang kepada penyanyi baharu.

Meskipun tersingkir lebih awal daripada OIAM, Mariam mengakui program tersebut banyak membuka jalan dan menyumbang kepada pertumbuhan kariernya.

“Walaupun saya tak ke final One in a Million, saya tetap rasa sangat bersyukur sebab program tu memang jadi titik mula untuk ramai orang kenal Mariam. Dari situ, rezeki datang satu demi satu, saya dah muncul dengan dua single, bernaung di bawah label Alternate Records & Talents dan sekarang pula buka pentas untuk Hael Husaini.

“OIAM banyak ajar saya tentang dunia sebenar muzik, macam mana nak kawal pentas, connect dengan audiens, dan jadi penyanyi yang bukan setakat ada suara, tapi juga jiwa. Terima kasih kepada Hael, Mask Team, Usanita dan semua pihak atas peluang ini,” katanya.

Bagi Mariam, sokongan keluarga dan pasukan di bawah label Alternate menjadi tunjang utama dalam perjalanan seninya, dan dia percaya bahawa setiap langkah yang diatur kini sedang membawanya menuju kejayaan dengan cara tersendiri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 2 Dec 2022

“Siapa Nak Dengar?” – Nak Bawa Lagu Ke Peringkat Antarabangsa, Yuna Pernah Dipandang Rendah

Jangan biar kata-kata orang patahkan semangat kita! Congrats Yuna

Hiburan Fri, 5 Apr 2019

Baru 4 Jam Di Youtube, Blackpink ‘Kill This Love’ Cecah Tontonan Lebih 10 Juta

Menurut Soompi, tayangan klip tersebut mencatat sehingga lebih 10 juta tontonan hanya dalam masa 4 jam 13 minit!

Featured Sat, 13 May 2023
Featured Mon, 27 Mar 2023
Events Fri, 15 Dec 2023

#SFMM38: Genap Seminggu Pulih Demam Denggi & Persiapan Hampir 90 Peratus ‘Ready’, Afieq Shazwan Janji Beri Persembahan Terbaik!

Boleh tahan sedih juga lagu duet Afieq Shazwan dan Muan Shahirah ni. All the best!🔥💪

Drama Tue, 21 Apr 2020

Save The Date! Lebih Banyak Rancangan Menarik Disajikan Buat Korang Sempena Ramadan Tahun Ini

Duduk di rumah sambil tengok rancangan menarik sepanjang Ramadan ini!

Hiburan Mon, 27 Apr 2026

Persembahan Sentuh Hati Ramai , DSV Dedah Cik B Luah Segala Trauma Dikutuk Sejak Kecil 

DSV mendedahkan Cik B menjadi mangsa kecaman sejak kecil sehingga dirinya trauma. 

error: Content is protected !!