Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 3, 2025 @ 7:35pm

Nora Ariffin Bersuara Isu Faraid – “Isteri Susah, Keluarga Sibuk Rebut Harta”

Penyanyi bersuara lunak, Nora Ariffin tampil meluahkan pandangannya berhubung isu pembahagian harta pusaka yang sering menjadi perbalahan selepas suami meninggal dunia.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Nora berkongsi realiti yang sering berlaku kepada balu khususnya apabila melibatkan harta peninggalan arwah suami seperti pusaka, faraid dan hibah.

“Kebanyakan realiti yang terjadi bila suami meninggal, terutamanya orang berduit. Harta pusaka, faraid, hibah semua keluarga nak menuntut, merebut tetapi kesusahan isteri yang harus mengambil tanggungjawab suami menjaga dan besarkan anak-anak tak ada pula keluarga pakat-pakat nak tolong,” tulisnya.

Menurut penyanyi lagu Hanyalah Satu, isu ini bukan sahaja menyentuh perasaan, malah berlaku secara meluas dalam masyarakat, di mana balu sering dipinggirkan dan terpaksa menggalas beban seorang diri demi membesarkan anak-anak.

Tambah Nora, ada juga kes di mana si isteri terpaksa berhutang demi kelangsungan hidup anak-anak, walhal hak yang diperoleh mengikut faraid hanya sedikit.

“Adakalanya isteri terpaksa berhutang untuk menyara anak-anak. Ikut faraid, isteri dapat paling sedikit. Kerana itulah wujudnya hibah. Wallahualam, fikir-fikirkan,” katanya lagi.

Luahan tersebut nyata mendapat perhatian ramai warganet yang bersetuju dengan kenyataan Nora, selain turut berkongsi pengalaman dan kisah duka masing-masing berdepan situasi yang serupa.

Terdahulu, Nora sendiri pernah melalui detik kehilangan apabila suami tercinta, Johan Nawawi meninggal dunia pada 24 Mac 2017, diikuti dengan pemergian anak lelakinya, Alif Johan pada Disember 2019.

Nora kemudian mendirikan rumah tangga bersama Dr Rushdi pada 3 Disember 2021, namun perkahwinan mereka kini dalam proses perceraian untuk kali kedua.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 Dec 2019
Featured Thu, 30 Mar 2023
Hiburan Wed, 6 Dec 2017

Kenapa Neelofa Minta Maaf

Neelofa minta maaf sebenarnya tidak begitu memahami dengan bahasa yang digunakan Upiak yang berasal dari Padang, Indonesia itu

Hiburan Sun, 2 Nov 2025

“Segala Buruk Yang Jadi Salahkan Diri Saya, Jangan Salahkan Majlis Ilmu” – Betty Rahmad

Betty Rahmad majlis ilmu berperanan penting membantu individu kembali ke jalan yang betul

Hiburan Sun, 23 Mar 2025

Sempat Beramah Mesra Dengan Pengunjung & Peniaga, Menteri Komunikasi Rasmikan Starvendors KL Mega Raya Fest 2025

Sudah bermula sejak Khamis, Starvendors yang berterusan selama 80 jam itu dijadualkan berakhir pada Isnin.

Hiburan Fri, 23 Feb 2024
error: Content is protected !!