Euforia Bola 2026
familuv By: Salma Syahbuddin June 4, 2025 @ 10:53am

“Saya Pun Sitizoners” – Nadeera Dedah Mula Nyanyi Lagu Siti Nurhaliza Sejak Umur 3 Tahun

Penyanyi bersuara emas, Nadeera mengakui meminati Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sejak berumur tiga tahun lagi.

Kata Nadeera, ketika berumur tiga tahun, lagu pertama yang dinyanyikannya adalah lagu Siti Nurhaliza berjudul Cindai.

Malah, pelantun lagu Bukan Lagi Kita ini juga mendedahkan kepada khalayak bahawa dia juag merupakan salah seorang dari anggota kelab peminat Siti Nurhaliza iaitu Sitizoners.

“Sebenarnya saya pun Sitizoners.

“Saya memang peminat Datuk Siti Nurhaliza kerana ketika usia tiga tahun lagi, lagu beliau adalah lagu pertama yang keluar dari mulut saya nak menyanyi iaitu lagu Cindai.

“Setiap kali dengar lagu Cindai je saya akan menari,” katanya.

Pemilik nama lengkap Farah Nadeera Zaini, 32, berkata demikian usai Showcase An Evening With Nadeera yang berlangsung di Nero Event Space, PJPAC, One Utama baru-baru ini.

Semenatara itu, Nadeera juga turut menyampaikan lagu dendangan Siti berjudul, Tanpa Dendam Di Hati.

Selain itu, Nadeera juga tampil dengan kejutan apabila membawakanDayang Nurfaizah sebagai rakan duet menerusi lagu Hakikat Cinta.

Impi konsert berskala besar

Ketika disoal mengenai kejayaan showcase nya kali ini, Nadeera meluahkan rasa syukur sekaligus berhasrat untuk mengadakan konsert berskala besar pada masa akan datang.

“Selepas berjayanya showcase ini dan melihat kepada sokongan peminat, pastinya saya ada memasang satu lagi impian untuk adakan konsert yang lebih besar pada masa datang.

“Selagi diberikan kudrat, saya mahu terus menghiburkan peminat dengan bakat yang ada. Apa pun, bergantung kepada rezeki,” tambahnya.

 

Showcase An Evening With Nadeera berdurasi 60 minit itu turut disajikan dengan rantaian 10 buah lagu iaitu, mas, Tanpa Dendan Di Hati (Siti Nurhaliza), Fatwa Pujangga (Datuk Aishah), Jampi (Hael Husaini), Illusion (Dua Lipa), Boneka Tanpa Hati, Try (Pink), Kau Di Hatiku (Datuk Zainal Abidin), Hakikat Cinta (Dayang Nurfaizah) dan Bukan Lagi Kita.

Antara rakan artis yang hadir memeriahkan showcase tersebut adalah, Anuar Zain, Datuk Zainal Abidin dan Agy.

Showcase anjuran Usanita Entertainment dan Mask Team itu turut membuka pentas buat bakat baharu, Anwar Amzah, yang memukau penonton menerusi persembahan lagu sulungnya berjudul Imaginasi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 12 Dec 2025

Erra Fazira Akui Pernah Trauma, Anggap Keputusan Kahwin Kali Ketiga Adalah Tepat – “Saya Niat Kerana Allah & Ini Semua Aturan Dia”

Erra juga sempat mendedahkan, ‘Sayang’ adalah panggilan mesra buat suami tercinta kera merasakan panggilan itu manis walaupun sedikit ‘old school’.

Trending Mon, 3 May 2021
Hiburan Fri, 2 Mar 2018

Musicpreneur欢庆一周年 各大金牌导师现身力挺

自去年12月开始装修的Musicpreneur ,在经过两个多月漫长的装修工程,日前在「金牌导师」黄良田和周金亮,以及国际艺人 Vessbroz 等艺人的见证下,进行开业仪式。

Trending Mon, 26 Mar 2018

It’s Official, Feeling Annoyed by Chewing Sounds is a Psychiatric Disorder

Wondering why you get super annoyed by loud chewing noises? That’s because it’s a psychiatric disorder.

Events Mon, 2 Sep 2019

「黑涩会美眉」丫头引进台湾茶饮店!柔佛开设全马第一旗舰店

曾经很火的台湾美少女组合「黑涩会美眉」成员丫头引进台湾茶饮店,在马来西亚柔佛开设全马第一旗舰店!

Kisah Viral Sat, 20 Jun 2026

Lebih 1,400 Video Jadi Arkib Seni, Wafa TV Digantung Cetus Kesedihan Artis Veteran… Sarimah Ahmad & Zaiton Sameon Turut Bersuara!

Kehilangan platform yang selama ini menjadi tempat menghimpunkan kisah dan kenangan seniman serta seniwati veteran mengejutkan ramai.

LIFESTYLE Tue, 4 Dec 2018

Style and Comfort: XALF’s Latest Low Heel Collection is a Must Have

Specially made for the ladies who are always on the go.

Hiburan Mon, 26 Mar 2018

Hans Isaac Jawab Isu Dating Dengan Lofa?

Pertemuan itu cuma kebetulan dan bukanlah seperti yang digembar-gemburkan oleh netizen. 

Trending Hari Ini Fri, 24 Apr 2020
error: Content is protected !!