Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 4, 2025 @ 5:44pm

[VIDEO] “Itu Bukan Baby Bump, Tapi Baju Kembung” – Ernie Zakri Nafi Hamil

Penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri, menafikan dakwaan dirinya kini hamil anak kedua selepas penampilannya di Konsert Aura di Singapura baru-baru ini menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat.

Menurut Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, kekeliruan itu berpunca daripada potongan busana yang digayakan pada malam tersebut.

“Tidak, saya tidak hamil. Tapi saya tak pernah tolak rezeki jika Allah nak bagi anak kedua. Doakanlah yang baik-baik.

“Setakat ini, ini hanyalah ‘baby bump’ makanan. Mungkin rekaan baju dari pereka fesyen Amaze sedikit kembung di bahagian depan,” katanya berseloroh.

Tambah Ernie, peminat memang sering teruja dengan khabar seperti itu, meskipun tiada pengesahan rasmi.

“Biasalah peminat, apa saja berita mereka cepat gembira dan sedia nak raikan,” katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu terbaharunya Kisah Penuh Kecewa di pejabat Universal Studios di Petaling Jaya, hari ini.

Isteri kepada penyanyi dan komposer Syamel itu memaklumkan mereka masih dalam fasa perancangan untuk menambah cahaya mata memandangkan anak sulung mereka, Nur Khawla Soleha, bakal memulakan alam persekolahan.

“Kami masih merancang. Kerjaya pun tengah sibuk dan anak pun dah masuk fasa sekolah. Jadi kami perlu beri tumpuan sepenuhnya kepada perkembangan dia,” ujarnya.

Terkesan dengan teguran fizikal

Dalam pada itu, Ernie turut mengakui berasa sedikit terkesan apabila penampilannya ditegur segelintir netizen yang mengaitkan perubahan fizikalnya dengan isu berat badan.

“Awal-awal dulu memang saya terkesan juga. Tapi saya cuba untuk pandang dari sudut yang lebih positif.

“Orang kata saya gemuk, tapi saya rasa saya biasa je. Mungkin sebab busana tu yang buat nampak begitu,” katanya.

Sebagai wanita berhijab, Ernie juga menjelaskan pemilihan fesyen kadang-kala agak terbatas.

“Memang bila berhijab, kita ada batasan dalam bergaya. Tapi saya percaya niat Amaze cuma nak berikan yang terbaik, saya rasa cantik je malam tu.

“Kalau orang ingat saya hamil, tak mengapa. Doakan saja yang baik,” katanya.

@xtra_my

Buat masa ini, Ernie Zakri nak berikan tumpuan kepada kerjaya dan Khawla. Apapun, kita doakan yang terbaik ❤️ fyp xtra beritaditiktok sembangentertaiment erniezakri nafi hamil

♬ original sound – XTRA – XTRA

Dalam perkembangan lain, Ernie kini dalam perancangan menghasilkan album baharu berjudul Sahabat, yang bakal menampilkan kolaborasi istimewa bersama penyanyi tempatan dan antarabangsa.

Untuk rekod, Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 22 Mac 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Khawla Soleha yang kini berusia tiga tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 5 Sep 2018

Pakar Dari UK Yakin MH 370 Kini Di Hutan Tebal Kemboja?

Mengukur daripada pemandangan dalam peta Google, ia berukuran sepanjang 69 meter, tapi nampak seperti ada jarak antara ekor dan bahagian belakang pesawat itu.

Trending Tue, 12 Jan 2021

Anugerah Juara Lagu 35 Ditangguh

Agak-agak AJL 35 ditangguh sampai bila?

Hiburan Fri, 22 Nov 2024

Nad Zainal Pernah Rasa ‘Down’ Gara-Gara Ada ‘Whisker Dimples’ Di Wajah

Nad Zainal mengaku down ada whisker dimples di wajah

Trending Thu, 5 Dec 2019

Paus Sperma Ditemui Mati Terdampar

Derita Perut Dipenuhi 100 Kg Sampah Sarap

Featured Thu, 31 Mar 2022
Trending Wed, 27 Apr 2022
Hiburan Wed, 28 Jun 2023

[VIDEO] Sebak! Matin Anak Shuib Buat Ramai Tersentuh Hati – “Saya Anak Mummy & Anak Ibu Sampai Syurga”

Sejuk perut Arwah Siti Sarah mengandungkan anak soleh & bijak ni 🥹

error: Content is protected !!