Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 6, 2025 @ 2:50pm

[VIDEO] “Kalau Sangkut Dalam Satu Plot, Kau Tak Layak Hidup” – Sharnaaz Ahmad Pesan Jangan Terlalu Berduka Bila Putus Cinta

Pelakon popular, Sharnaaz Ahmad tampil meluahkan pandangan jujur mengenai perjalanan hidup dan liku hubungan peribadi yang sering menjadi perhatian ramai.

Menerusi satu kenyataan penuh makna, Sharnaaz, 38, menyifatkan setiap individu yang hadir dalam kehidupan seseorang hanyalah sebahagian daripada ‘plot’ atau bab dalam sebuah perjalanan hidup.

“Bagi aku, kalaulah orang itu tak ditakdirkan untuk kau, atau ada masalah dalam hubungan berpisah, kena ingat satu benda, tak kisahlah lelaki atau perempuan, dia hanya satu chapter atau plot dalam hidup perjalanan kau,” katanya.

Menurutnya, kehidupan di dunia ini hanyalah satu persinggahan dan kita tidak seharusnya terlalu terikat dengan kehadiran sementara seseorang dalam hidup.

“Kita hidup atas muka bumi ni atas persinggahan saja. Jadi lelaki atau perempuan yang masuk dalam hidup kita adalah satu plot saja. Yang menjalankan cerita itu adalah kau. Kalau kau nak ‘stuck’ kat situ, aku rasa kau tak layak ada dalam bumi ni,” katanya.

Aktor filem popular Blood Brothers itu turut membuka kisah peribadi apabila mengimbas kembali fasa sukar dalam hidupnya ketika menginjak usia pertengahan 30-an.

“Chapter umur aku 38 yang paling aku rasa harewire. Buat aku rasa down, tak dihargai. Sebenarnya bukan 38 saja, semasa umur 36 tahun pun aku pernah rasa.

“Tahun 2019, umur 35 chapter paling down. Duit pun tak ada. Peralihan umur. Plot dalam hidup aku yang telah mengubah aku untuk perbaiki chapter itu,” katanya lagi.

Sharnaaz juga menekankan hanya keluarga terdekat, seperti ibu bapa dan adik-beradik sahaja yang wajar dihargai secara berpanjangan kerana mereka hadir sejak awal dalam kehidupan seseorang.

“Apa yang aku nak maksudkan, jangan terlalu bersedih atas kehilangan seseorang yang baru masuk dalam hidup kau kecuali mak ayah, adik-beradik sebab mereka yang ada dari awal hidup kau. Hormati dan sayang orang yang ada di chapter pertama itu saja. Setiap manusia akan masuk dan akan keluar.

“Tak akan ada orang boleh sayang kau macam mana orang dekat chapter satu (keluarga) boleh sayang,” tuturnya.

Sebelum ini, Sharnaaz secara terbuka mengaku, dia masih belum menemui seorang wanita yang boleh membuatkan dia faham mengenai konsep rumah tangga di mana seorang isteri perlu mentaati suaminya.

Menerusi sesi siaran langsung di Instagram (IG), Sharnaaz atau nama lengkapnya, Sharnaaz Ahmad Datuk Basir Ahmad, 40 mahu mencari seorang isteri yang memberi rasa hormat 100% terhadap suami.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Aku Boleh Bagi Rasa Sayang Sepenuhnya, Tapi Wanita Itu Perlu Hormat Aku 100%” – Sharnaaz Ahmad Anggap ‘Content’ Lelaki Takut Isteri Memalukan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Aug 2018

Kenapa Filem Winnie The Pooh ‘Haram’ Di China?

Beruang penggemar madu itu juga dilaporkan menjadi ‘bahan’ oleh pihak pembangkang dan digunakan sebagai simbol penentangan. Atas sebab itu, kerajaan di Beijing juga menapis imej dalam talian Winnie the Pooh.

Hiburan Wed, 13 May 2026
Featured Fri, 14 Jan 2022

Gara-Gara Nak Dapatkan Bonus Tahunan, Suami Isteri Penjawat Awam Guna Aplikasi Mysejahtera Palsu

Gara-gara tidak mahu dikecualikan daripada menerima bayaran bonus tahunan dan dikenakan tindakan tatatertib, sepasang suami isteri yang juga penjawat awam sanggup membeli sijil vaksinasi COVID-19 palsu. Menurut laman Astro Awani, tindakan pasangan berusia 33 dan […]

error: Content is protected !!