Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 9, 2025 @ 2:10pm

Nama Terkait Dengan Kes Remaja Perempuan 17 Tahun, Peminat Beri Sokongan Buat Naim Daniel – “Satu Kesilapan Tak Mampu Hapus Segala Kebaikan”

Nama pelakon dan penyanyi, Naim Daniel hangat menjadi sebutan ramai selepas namanya terpalit dengan dakwaan melakukan amang seksual ke atas seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, baru-baru ini.

Meskipun kebenaran masih belum terbongkar, namun peminat-peminat selebriti berusia 28 tahun itu tetap berdiri teguh dibelakangnya serta tidak henti menitipkan kata sokongan kepada Naim menerusi akaun Instagram (IG) kelab peminatnya, Naimians.

Peminat membanjiri ucapan untuk selebriti kesayangan mereka itu menerusi pautan Ask Me A Question di platform tersebut.

Antara pesanan peminat yang dititpkan kepada Naim adalah berharap agar dia terus tabah dan kuat dalam mengharungi ujian tersebut.

“Semua yang berlaku ada sebab, Allah tahu Naim kuat sebab tu benda ni berlaku. Walaupun tak tahu lagi benda sahih atau tidak tapi saya akan tetap menunggu keterangan dari pihak polis.

“Saya yakin Naim tak akan buat perkara terkutuk itu. Naim orang yang baik dan peramah, ingat jangan putus berzikir dan solat okay,” kata salah seorang peminatnya.

“Tak apa kalau langkah terhenti sekejap. Rehatlah, bukan berputus asa. Jiwa seindah Naim tak akan pernah padam cahayanya. Satu kesilapan tak mampu hapus segala kebaikan yang Naim pernah buat. Percayalah, Naim akan bangkit, lebih kuat dari semalam. We love you, Naim,” tulis peminat lain.

Semasa artikel ini ditulis, masih tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Naim berhuhung dakwaan tersebut.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelakon dan penyanyi terkenal ditahan polis selepas terbabit kesalahan melakukan amang seksual ke atas seorang remaja perempuan di sebuah hotel terletak di Selangor.

Difahamkan, mangsa berusia 17 tahun itu mula berkenalan dengan selebriti tersebut di sebuah kafe tempatnya bekerja.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 13 Oct 2018

Rasa Terbeban Pakai Tudung? Gadis Ini ‘Dihentam’ Netizen Lepas Kongsi Pendapat

Pada pandangannya jika orang menggalakkan orang lain untuk memakai tudung, begitu juga dia yang ingin menggalakkan orang membuka tudung.

Featured Mon, 12 Jun 2023
Hiburan Sat, 15 Dec 2018

Sering Mengembara Sendiri, Abil Kongsi Tips Peribadi

Kalau sekali dua boleh layan, tetapi berkali-kali. Nipis duit saya dibuatnya. Wah… kenapa tu Abil?

Hiburan Mon, 16 Dec 2024
Trending Fri, 23 Apr 2021
Hiburan Wed, 26 Mar 2025

Berlangsung Sukses! Bazar Kool 101 Tawar Juadah Berbuka Puasa Berkualiti pada Harga Rahmah RM5

Kool 101 memperkenalkan Bazar Kool 101 – Semua RM5, sebuah bazar makanan yang menawarkan juadah berbuka puasa lengkap dan berkualiti pada harga serendah RM5.

Featured Mon, 21 Jul 2025
Trending Fri, 13 Jul 2018

Murderous Babysitter Pleads Not Guilty to Charges

Is she saying she is innocent after being caught red-handed like that?!

error: Content is protected !!