Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin June 11, 2025 @ 2:35pm

Polis Nasihat Pemandu Bas Terlibat Nahas Pelajar UPSI Tidak Keluar Kenyataan Terbuka – “Minta Dia Bersabar Hingga Tiba Giliran Beri Kenyataan”

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin menasihatkan agar pemandu bas terlibat nahas pelajar Universiti Pengajian Sultan Idris (UPSI) yang tular baru-baru ini tidak mengelurkan kenyataan terbuka terhadap mana-mana pihak.

Katanya, tindakan sedemikian boleh menganggu siasatan yang sedang dijalankan pihaknya.

“Tindakan itu boleh menimbulkan pelbagai spekulasi lain kepada masyarakat dan siasatan yang dijalankan ini juga mengambil kira pelbagai aspek.

“Walaupun negara ini membenarkan kebebasan bersuara, namun saya minta dia bersabar sehingga tiba gilirannya untuk memberikan keterangan,” katanya kepada pemberita.

Noor Hisham berkata, pihaknya akan mengambil keterangan dariapda pemandu tersebut selepas lelaki berkenaan selesai menjalani rawatan di hospital.

Pada Isnin lalu, 15 penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) maut apabila bas sewa khas dari Jertih, Terengganu ke kampus utama Tanjung Malim, Perak terbalik selepas terlibat dalam pelanggaran dengan sebuah kenderaan pelbagai guna di JRTB.

Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang kereta Perodua Alza.

Dan, setakat ini seramai 18 saksi telah diambil keterangan iaitu melibatkan beberapa pihak termasuk pelajar UPSI yang terlibat dalam kemalangan itu.

Menyentuh mengenai video daripada kamera papan pemuka yang merakam kejadian itu, Noor Hisham memaklumkan, bukti berkenaan sudah dihantar ke Jabatan Forensik Bukit Aman untuk dianalisis.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 Apr 2026

“Terima Kasih Banyak Berkorban” – Azizulhasni Awang Titip Ucapan Menyentuh Jiwa Buat Isteri Tercinta

Azizulhasni, 38, tidak menafikan segala pencapaiannya turut didorong oleh pengorbanan besar isterinya yang sentiasa setia di sisi

Hiburan Thu, 7 Mar 2024
Featured Wed, 11 Mar 2020
Hiburan Tue, 6 Sep 2022

Bekas Suami Lufya Omar Tak Melatah Nama Kena Petik Culik Anak

Pihak mana lah yang menuduh bekas suami Lufya yang nak culik anak sendiri..

Featured Wed, 11 Jan 2023

Syafiq Farhain Sengaja Pancut Air Soya Ke Muka Anak Buah, Netizen Komen: “Sangat Tenang & Kental Kau Dik”

Gelagat penyanyi Syafiq Farhain bergurau bersama anak buahnya meraih perhatian warganet. @syafiqfarhainTb video lama gurau dgn anak buah🤣♬ original sound – Syafiq Farhain Menerusi kemas kini terbaharu di TikTok, Syafiq dengan sengaja menekan kotak air […]

Featured Sat, 27 Dec 2025

“Saya Ambil Dari Sudut Positif” – Siti Nurhaliza Hargai Adab Peminat, Anggap Reaksi Spontan Itu Normal

Menurut Siti, dunia media sosial sememangnya bergerak pantas dan kebanyakan perkara berlaku secara spontan.

Hiburan Wed, 21 Aug 2024

[VIDEO] Ezlynn Beri Keizinan Suami Nak Cari Isteri Ketiga – “Dia Nak Orang Indonesia Pula”

‘Lumrah seorang isteri akan rasa diri kita ni tak cukup baik dan ‘sempurna’ – Ezlynn

error: Content is protected !!