Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom March 11, 2020 @ 3:10pm

Cantik, bijak dan tangkas di dapur, siapakah gerangan Puteri Annisa Amalin?

Sekali pandang wajahnya persis pelakon cantik, Puteri Aishah. Turut berkongsi pangkal nama sama iaitu Puteri, bezanya Ynag Mulia Puteri Annisa Amalin Amir, adalah puteri berketerunan kerabat diraja.

Apa yang pasti sejak ditampilkan dalam satu temu bual bersama sebuah majalah popular baru-baru ini, berita  puteri jelita ini terus menjadi perhatian umum.

Baru berusia 24 tahun, personaliti kerabat dari Kelantan ini bukan saja memiliki paras rupa menawan tetapi handal memasak di dapur.

Foto: Instagram

Apabila bercakap mengenai sosok wanita cantik dan pandai memasak, sesiapapun yang mendengar pasti terdetik alangkah untungnya jika dapat memperisterikan sosok gadis seperti ini.

Tidak cukup dengan itu, gadis kecil molek mesra disapa Puteri ini juga mempunyai latar pendidikan yang baik.

Sudah ke dapur sejak kecil

Sejak usia 6 tahun lagi Puteri sudah menunjukkan minatnya terhadap dunia masakan apabila gemar membelek buku-buku masakan milik Nendanya iaitu YM Tengku Anisah@Zainab Binti YM Tengku Muhammad.

Foto: Instagram

Menu pertama yang dipelajarinya adalah rendang ayam bersama pulut kuning serta makaroni bakar.

“Ketika kecil saya suka memerhati Bonda, Nenda dan pembantu ketika mereka memasak dan menyediakan bahan-bahan masakan. Bonda saya bernama Nik Safuanah Binti Mohd Hashim,” katanya.

Menu Istana

Antara menu istana kegemaran Puteri sekeluarga ialah Itik Serati Solor, Ros Lidah, Kerabu Sayuran Campur, Kerabu Daging, Solok Ikan Goreng, Kerabu Bekol Sri Kelantan dan Pulut Kuning Bersama Rendang Daging.

Untuk manisan pula ialah Mas Sejemput, Nasi Manis, Martabak Diraja, Nasi Kaya, Tepung Manis, Puding Jala Emas dan Cucur Betawi.

Foto: Food

“Salah satu menu yang sering saya masak ialah Ros Lidah. Ia merupakan lidah lembu yang direbus empuk kemudian dibersihkan dan dihiris nipis. Seterusnya ia diperap dan digoreng.

“Menu ini dihidangkan bersama kuah yang sangat mudah disediakan. Ros Lidah ini merupakan menu turun temurun daripada Nenda saya.

Foto: Itik Serati Salor

“Menu istana yang paling saya gemari ialah Itik Serati Solor yang menggabungkan pelbagai rempah ratus yang dikisar dan digiling secara tradisional. Ia juga resipi turun temurun keluarga saya.

“Itik kemudiannya dibakar menggunakan bara arang. Memasak menu ini memerlukan kesabaran kerana ia mengambil masa,” katanya.

Foto: Instagram

Tambahnya gadis berdarah campuran Melayu, Cina dan Uzbekistan, menu diraja Kelantan cukup istimewa kerana masih mengekalkan resipi asli serta kaedah tradisional seperti menggunakan bara arang, kuali tembaga, dulang tembaga, periuk atau belanga tanah dan batu gilian.

Fesyen klasik jadi pilihan

Sebagai remaja yang sentiasa mengikuti perkembangan fesyen terkini, Puteri turut menyukai stail yang ada sentuhan klasik, songket dan batik Kelantan kerana ia melambangkan tradisi keluarga diraja Kelantan. Suai padan bersama aksesori menjadi pelengkap gaya Puteri.

Foto: Instagram

 

“Saya juga penggemar barangan antik antaranya barang kemas yang diwarisi daripada Nenda seperti anting-anting, gelang kaki dan tangan, serta rantai.

Tidak ketinggalan busana Nenda yang dipakainya ketika di dalam istana Kelantan,” katanya menjawat jawatan sebagai penasihat dan pakar pemasaran dalam perniagaan di sebuah syarikat swasta selain bergiat aktif di dalam bidang peragaan.

Foto: Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sat, 10 Mar 2018

Tip Agar Peti Ais Sentiasa Berbau Segar & Tak Lagi Busuk

Bila buka peti sejuk mesti stres kan terhidu bau busuk!

Featured Thu, 29 Dec 2022

[VIDEO] Imran Aqil & Dahlia Rizal Kongsi Momen Beli Belah, Peminat Single Komen: “Sendunya Kehidupan Aku…”

Umum mengetahui, pelakon dan penyampai radio Hot FM, Imran Aqil sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat mesra bersama tunang, Dahlia Rizal. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Dahlia di laman TikTok ketika dia […]

Featured Mon, 3 Jul 2023
Featured Wed, 8 Jan 2025
Cahaya Mata Mon, 30 Jan 2023
Events Thu, 30 Jun 2022

“Mereka Ada Hak Untuk…” – Sering Dikritik Imej Seksi, Nora Danish Tampil Beri Respons!

Nora anggap imejnya tidak seksi sebagaimana yang didakwa netizen 😊

Featured Fri, 10 Mar 2023
Featured Wed, 15 Jan 2025

Neelofa Kongsi Tips Jodoh, Netizen Sempat Mengusik: “Patut Bagi LMK Juga”

Noor Neelofa Mohd Noor mencuri tumpuan selepas diminta peminat untuk berkongsi tips mencari jodoh.

error: Content is protected !!