Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 12, 2025 @ 8:43pm

Kes Saman Fitnah Babitkan Zarina Anjoulie & Fara Mendoza, Mahkamah Keluar Perintah Larangan Bersuara

Susulan kes saman fitnah melibatkan Fara Mendoza terhadap pelakon, Zarina Anjoulie, Mahkamah Sesyen hari ini, mengeluarkan perintah larangan bersuara (gag order).

Memetik laporan Harian Metro, perintah itu dikeluarkan Hakim Norina Zainol Abidin selepas perbicaraan kes itu bermula dengan dua saksi dipanggil memberi keterangan termasuk Fara Mendoza atau nama lengkapnya, Norfaralinah Md Yunus, 37.

Zarina Anjoulie mohon doa terbaik

Mengulas lanjut, Zarina Anjoulie atau lebih mesra dengan panggilan Anju berharap agar kes ini dapat diselesaikan segera.

Sekaligus memohon orang ramai mendoakan yang terbaik.

“Dah empat tahun kes ini dan kita pun nak ia berakhir, kita tengok macam mana dan berdoa yang terbaik,” katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun, perbicaraan kes akan bersambung pada 24 Julai dan 4 Ogos depan.

Sebelum ini, Anju ada membuat tuntutan balas terhadap saman Fara Mendoza dengan menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta.

Ia termasuklah, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan perintah injunksi menghalang Fara Mendoza daripada membuat kenyataan fitnah pada masa hadapan.

Anju kemudiannya menuntut supaya Fara Mendoza menarik balik kenyataan fitnah yang dibuat dan membuat permohonan maaf selain menuntut kos tindakan dan relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 17 Mar 2022

Kejam! Viral Pengasuh 50 Tampar Bayi, Pukul Guna Sudip! Ini Kenyataan Polis, Rupa-Rupanya…

Kelu lidah Min untuk berkata-kata.. 😣😞 Timbul lagi kes penderaan bayi dan kanak-kanak..

Trending Hari Ini Mon, 18 May 2020
Featured Wed, 31 May 2023
Trending Sun, 30 Dec 2018

Majikan Tolong Bayar Hutang PTPTN Pekerja Akan Diberi Perlepasan Cukai

Pelepasan Taksiran Cukai individu SSPN akan dinaikkan daripada RM6, 000 kepada RM8, 000 setahun untuk simpanan dalam SSPN-I dan tambahan RM6, 000 diberikan untuk takaful bagi SSPN-i Plus.

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

‘ Lagu Allahyarham Peneman Jiwa Saya’, Menteri Kewangan Terkesan Kehilangan Saleem

Guan Eng menulis lagu-lagu nyanyian Saleem menjadi peneman jiwanya ketika aktif sebagai pemimpin pembangkang suatu ketika dahulu.

Trending Thu, 24 Jun 2021

Rossa Alami Kerugian Hampir RM300,000 Gara-Gara Positif Covid-19

Penghibur terkenal Indonesia, Datuk Rossa terpaksa menanggung kerugian berjumlah 1 bilion rupiah (RM288,234) selepas disahkan positif COVID-19. Mendedahkan dirinya pernah dijangkiti virus berkenaan, nilai kerugian terbabit terpaksa ditanggung kerana dia terpaksa menolak banyak tawaran persembahan […]

Hiburan Fri, 13 Dec 2019
error: Content is protected !!