Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 12, 2025 @ 7:43pm

MPO Semarakkan Warisan Muzik Tradisional dengan “Simfoni Budaya II” di DFP

Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) sekali lagi mengangkat martabat muzik tradisional tanah air menerusi konsert Simfoni Budaya II yang bakal berlangsung pada Sabtu, 5 Julai 2025 jam 8.30 malam di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), KLCC.

Meneruskan kejayaan konsert Simfoni Budaya I tahun lalu, MPO kali ini kembali dengan persembahan yang memadukan irama tradisional Melayu seperti joget, asli dan zapin dengan kemegahan gubahan orkestra.

Konsert yang dipimpin oleh maestro Ahmad Muriz Che Rose ini menjanjikan malam penuh warna budaya dengan barisan lagu malar segar seperti Dikirim Jangan Dipesan Jangan, Mas Merah, Fatwa Pujangga, Nirmala, Joget Burung Merpati dan banyak lagi. Lagu-lagu tersebut akan digubah semula secara orkestra oleh nama-nama besar seperti Luqman Aziz, Ilham Subri, Azhad Sulaiman, Teuku Umar dan Shahakam Mokhtar.

Barisan artis jemputan kali ini cukup istimewa, menggabungkan lagenda dan wajah baharu muzik tradisional. Antara yang akan menghangatkan pentas DFP termasuk Biduan Datuk Andre Goh yang terkenal sejak memenangi Bakat TV pada tahun 1972 dan sudah lebih lima dekad mengabdikan diri dalam seni.

Turut serta ialah Hazra Dollah, juara Bintang Asli Remaja 2008; Danial Chuer, bekas juara Idola Kecil dan peserta pelbagai program realiti; Rojer Kajol, pemuzik ghazal serba boleh yang aktif di peringkat serantau; serta Zehra Zambri, penyanyi bersuara lantang yang pernah menghiasi pentas Gegar Vaganza dan Anugerah Juara Lagu.

Dengan gabungan muzik orkestra dan elemen budaya yang kaya, Simfoni Budaya II bukan sekadar konsert, tetapi sebuah penghormatan kepada seni tradisional Malaysia dalam bentuk paling elegan. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan keindahan warisan muzik kita dalam suasana akustik bertaraf dunia di DFP.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 6 Jan 2018

Hubungan Kami Setakat Di Sini Sahaja

Isma AF mengakui bahawa kini hubungannya bersama suami tidak dapat diselamatkan lagi.

Hiburan Sun, 20 Jan 2019
Featured Fri, 19 Jan 2024

“Demi Allah! Benda Tu Berlaku Secara Spontan” –  Tyzo Nafi Dakwaan Sengaja Mahu Jatuhkan DJ Lin

Allahu, macam tu rupanya, Tyzo tak berniat apa-apa pun diatas ucapannya yang tular tu😪

Hiburan Wed, 15 May 2019

Dato’ Farid Kamil Zahari Sentenced to 9 Months Imprisonment!

It’s over the use of marjuana last year.

Hiburan Wed, 19 Feb 2020

“Kau Pergi Terlalu Awal Sahabatku” – Sazzy Falak Jumpa Ashraf Sinclair Buat Kali Terakhir

Sebagai teman baik, mesti sangat terkesan dengan pemergian mengejutkan ini.

Cahaya Mata Thu, 12 Jan 2023

[VIDEO] Pandainya Anak Farah Nabilah Masak! – “Cara Pegang Garfu & Sudip Look Natural Sangat”

Pelakon Farah Nabilah, 31, sering berkongsi momen bersama anak sulungnya, Andre Omar, 3, yang berjaya mencuri perhatian ramai dengan gelagat comelnya. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik olehnya di laman Instagram yang memaparkan […]

Featured Wed, 3 Jun 2026

Penampilan Terkini Nora Ariffin Dipuji Lawa Persis Anak Dara – “Contoh Artis Yang Buat Bariatrik Tapi Kekal Cantik”

Datuk Nora mencuri perhatian apabila penampilannya dipuji lawa persis anak dara.

Featured Wed, 22 Mar 2023
Hiburan Tue, 14 Oct 2025

Empat Suara, Satu Jiwa: Anuar, Ziana, Ernie & Syamel Bersatu Dalam ‘Jangan Henti’

Jangan Henti membawa mesej tentang kasih sayang, kekuatan dan semangat

Cahaya Mata Mon, 30 Jan 2023

Umum Hamil Lagi, Netizen Bimbang Kesihatan Isteri Fizo Omar – “Tak Boleh Jadi Contoh…”

Kesian juga dekat yang pregnant tu.. Hmm apa pendapat korang?

error: Content is protected !!