Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 14, 2025 @ 11:18am

Maher Zain Tak Lupa Palestin, Dedikasi Empat Lagu Dalam Konsert KL

Walau berdiri di pentas besar menghiburkan ribuan peminat, penyanyi kerohanian antarabangsa, Maher Zain, 44, tetap membawa Palestin ke dalam hatinya.

Dalam Konsert Jelajah Asia Tenggara yang akan berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 16 Ogos ini, Maher akan mendedikasikan empat lagu istimewa bagi memperingati penderitaan rakyat Palestin.

Menurut Maher, walaupun suasana konsert kelihatan penuh kegembiraan, dia tidak pernah leka dengan apa yang berlaku di bumi Gaza.

“Kadang-kadang rasa bersalah sebab saya berdiri atas pentas untuk menghiburkan, sedangkan rakyat Palestin menderita. Tapi hakikatnya, saya tak pernah lupakan mereka. Hidup perlu diteruskan, tapi perjuangan tak boleh terhenti,” katanya dalam sidang media secara Zoom, baru-baru ini.

Maher turut menjelaskan, sepanjang konsert jelajahnya di seluruh dunia, dia tetap aktif bersuara di media sosial memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

“Saya guna pentas dan lagu sebagai medium untuk suarakan sokongan saya. Lagu-lagu yang akan saya nyanyikan nanti juga akan membawa mesej simpati dan harapan untuk rakyat Palestin,” ujarnya.

Maher turut mengakui, dia sendiri tidak mampu membayangkan betapa peritnya penderitaan yang dilalui oleh rakyat di Gaza.

“Memang kita takkan pernah mampu rasa kesakitan mereka. Tapi saya akan terus sampaikan mesej itu dalam setiap konsert saya,” katanya.

Selepas enam tahun, Maher kembali menjelajah Asia Tenggara dan konsert di Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu kali ini cukup bermakna kerana ia merupakan persembahan pertamanya di dua lokasi itu selepas pandemik.

Selain Kuala Lumpur, Maher turut akan mengadakan konsert di The Star Theatre, Singapura (21 Ogos) dan Dewan Canselor UMS, Kota Kinabalu (23 Ogos).

Kali terakhir menjayakan siri jelajah pada 2019, tiket konsert Maher habis terjual hanya dalam beberapa hari di empat bandar membuktikan pengaruhnya sebagai antara penyanyi Islamik paling berpengaruh di rantau ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 Oct 2018

Belum Sedia Kongsi Tarikh Kahwin, Elfira Loy Bersyukur Dipertemukan Jejaka Ada Misi

Paling penting, emak percaya dia boleh jaga saya…Alhamdulillah.

Trending Sat, 9 Mar 2024
Events Fri, 20 Mar 2020

Siapa Kata #StayHome Boring? Jom Ikut Cara Angkasawan Negara Ini Habiskan Masa Di Rumah

So, boleh lah amalkan tips yang dibuat oleh angkasawan negara kita ni

Hiburan Sat, 21 Aug 2021

Mimi Loma Meninggal Dunia Dalam Tidur

Seniwati popular era 1960-an, Mimi Loma, 75, menghembuskan nafas terakhir ketika dalam tidur di kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, Kuala Lumpur, pukul 2.19 pagi ini. Khabar duka itu disampaikan oleh anak saudaranya […]

Hiburan Tue, 19 Sep 2023
Hiburan Thu, 21 Sep 2023
Trending Wed, 25 Nov 2020
Hiburan Tue, 16 Jun 2026

“Dahsyat Betul Membenci Saya…” – Khairul Aming Terkilan Ada Yang Menanti Kejatuhannya

Menurut Khairul, dia terkejut melihat ada pihak yang terlalu cepat membuat kesimpulan dan seolah-olah menantikan kegagalannya.

error: Content is protected !!