Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin June 16, 2025 @ 7:25pm

Keluarga Pelajar UPSI Terlibat Nahas Diuji Lagi, Scammer Ambil Kesempatan Tukar Akaun Derma Ke Akaun Sendiri

Keluarga arwah mangsa terlibat nahas babitkan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) iaitu Fatin Nasrien sekali lagi diuji.

Menerusi beberapa hantaran di laman Facebook milik  individu yang didakwa banyak membantu keluarga mangsa iaitu, Ahmad Nazrul, berkata, keluarga mangsa telah ditipu selepas individu tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menukar akaun derma keluarga kepada akaun peribadi milik scammer.

Oleh itu, dia meminta agar orang ramai berhati-hati menyalurkan sumbangan derma kepada akaun yang tertera nama ibu bapa arwah sahaja.

Sebelum ini, pada Ahad, sumbangan orang ramai terhadap keluarga ini meningkat secara mendadak, menyebabkan pihak bank mula mengehadkan jumlah kemasukan dana ke akaun berkenaan.

Bagaimanapun, menerusi hantaran terkini Ahmad Nazrul, akaun arwah ibu dan ayah mangsa telah kembali aktif.

Terdahulu, kisah arwah Fatin Nasrien menyorot perhatian selepas bapanya, Fadli Abdul Rahman, 50 dari Kampung Kerandang, Besut dikatakan meminjam kereta ketua kampung untuk pergi melihat jenazah anak mereka di Ipoh selepas bas dinaiki oleh pelajar Universiti Pendididikan Sultan Idris terlibat dalam kemalangan dan mengorbankan 15 nyawa tak berdosa.

Arwah yang merupakan anak sulung dari lima beradik ini juga dikatakan pelajar cemerlang yang menjadi  harapan keluarganya.

Sumber: Facebook, Mingguan Wanita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 14 Mar 2025
Featured Sat, 28 Dec 2024
Hiburan Sat, 8 Mar 2025
Featured Tue, 9 May 2023
Featured Mon, 4 Apr 2022

“Bertujuan Beri Teguran Kepada..” – Iqram Dinzly Respons Isu Video Sarung Baju Dalam Wanita Sambil Selawat 

Oh ini rupanya maksud video viral tu, tetapi sampai ke kepada ‘golongan’ tersebut?

Hiburan Mon, 25 Mar 2024
Trending Tue, 18 Feb 2020

Al-Fatihah, Pelakon Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Dunia hiburan sekali lagi menerima kematian berita tak terduga..

Featured Tue, 25 Oct 2022

“Rindu Nak Dengar Dia…” – Netizen Harap Mila Jirin Comeback, Diberi Peluang Sertai Pertandingan Nyanyian

Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin atau nama sebenarnya Norsyamilla Jirin sudah lama menyepi dalam industri nyanyian kerana menceburi bidang baharu. Sibuk menguruskan perniagaan Bizmilla Wedding Centre, bukan suatu perkara yang mudah untuk anak jati Pulau […]

Featured Thu, 9 Nov 2023
error: Content is protected !!