Euforia Bola 2026
Trending By: Padin June 16, 2025 @ 8:52pm

Le Nona Raih Jualan RM10 Juta, Bawa Sentuhan Elegan ke Rumah Rakyat Malaysia

Jenama gaya hidup premium tempatan, Le Nona, mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya mencatat jualan mencecah RM10 juta, hasil sokongan padu pelanggan sejak pelancarannya.

Le Nona merupakan hasil kolaborasi istimewa bersama program TV terkenal, Nona, yang sinonim dengan wanita moden dan gaya hidup sofistikated.

Kerjasama ini menyatukan elemen inspirasi, kecantikan dan keanggunan dalam satu jenama yang eksklusif.

Menampilkan rangkaian produk gaya hidup dan rumah, Le Nona mengetengahkan koleksi pinggan mangkuk kaca opal dengan motif moden klasik, periuk dan peralatan memasak premium, serta set cadar dan bantal mewah berreka bentuk elegan, semuanya dihasilkan dengan penekanan terhadap perincian rekaan dan warna eksklusif.

Mengangkat slogan “Sentuhan Elegan Citarasa Anda”, jenama ini memberi tumpuan kepada estetika bergaya di setiap ruang iaitu dapur, ruang tamu mahupun bilik tidur tanpa mengetepikan nilai praktikal dan keterjangkauan.

Kejayaan ini turut dipacu oleh promosi berterusan melalui program Nona di TV3, sokongan kempen digital, serta kehadiran aktif di platform e-dagang utama.

Jualan juga melonjak menerusi kempen bermusim seperti Ramadan, Hari Raya dan Jualan Tahun Baru.

Le Nona nyata mendapat tempat di hati wanita Malaysia, khususnya golongan ibu yang mementingkan gaya elegan di dapur.

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan, Le Nona mengadakan Promosi Istimewa 2 Hari pada 16 dan 17 Jun 2025. Saksikan siaran langsung eksklusif Le Nona di TV3, jam 1 petang, dan rebut tawaran menarik ini!

Produk Le Nona boleh didapati di laman web rasmi www.lenona.com.my atau menerusi aplikasi WOWSHOP yang boleh dimuat turun dari Google Play, App Store dan Huawei App Gallery.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 26 Jan 2025
Hiburan Tue, 6 Jun 2023
Hiburan Thu, 24 Mar 2022
Featured Wed, 29 May 2024

Didakwa Bersikap Perkauman, Chef Wan Tampil Mohon Maaf – “Saya Hormat Semua Budaya & Agama Di Seluruh Dunia”

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Moga ia jadi pengajaran buat semua.😎

Featured Wed, 17 May 2023

Shila Amzah Syukur Ubai Selamat Jalani Pembedahan Cyst – “Lepas Ketumbuhan Kat Otak, Sekarang Atas Mata Pula..”

Alhamdullillahh.. Syukur semua dipermudahkan. Nasib baik ada ayang sentiasa di sisi 🥰🤪

Hiburan Thu, 8 Jun 2023
error: Content is protected !!