Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin June 18, 2025 @ 8:55pm

Nina Kho Dedah Terima Layanan ‘Double Standard’ Di China – “Makanan Pun Mereka Beza-Bezakan”

“Di sana mereka akan beri layanan berbeza. Sebagai contoh untuk watak utama, mereka akan sediakan sebuah bilik khas”.

Demikian perkongsian pelakon Nina Kho ketika menjalani penggambaran di China baru-baru ini.

Katanya, meskipun dia menerima layanan istimewa kerana menjadi antara pelakon utama namun, dia lebih senang bekerja di Malaysia.

Jelasnya, layanan ‘double standard’ diterima oleh krew penggambaran di sana.

” Untuk penerbit, pengarah dan pelakon utama mereka akan diberi makanan dengan lapan jenis lauk, bungkusan pun lebih cantik.

“Malah makanan pun mereka beza-bezakan.

“Bila saya lihat makanan untuk kru, mereka hanya diberikan bungkusan biasa sahaja.

“Mereka juga pernah melarang saya makan makanan kru sedangkan di sini (Malaysia)  pelakon dan kru boleh duduk dan makan bersama,” katanya.

Nina berkata demikian ketika ditemui usai tayangan siri originals, Honey Trap yang berlangsung di TGV, KLCC pada Selasa.

Dalam pada itu, Nina atau nama lengkapnya, Nina Kho Siew Ching, 33, berkata,  dia juga pernah menyaksikan krew penggambaran dimarah dan dihalau gara-gara dipelawa untuk menaiki kereta miliknya.

“Saya nak tumpangkan dua orang pelakon tambahan tetapi mereka dihalau dan dimarah.

“Saya terkejut sebab kereta saya besar dan saya tak kisah untuk tumpangkan mereka sebab hostel mereka berdekatan dengan hotel saya.

“Ketika makan malam bersama pun mereka minta saya untuk duduk di hadapan sedangkan di sini kita bebas untuk duduk di mana-mana.

“Saya kurang selesa apabila dilayan seperti itu kerana di Malaysia kita layan semua pelakon dan kru sama sahaja. Tiada siapa yang lebih tinggi atau rendah antara satu sama lain,” jelasnya.

Selain Nina, antara barisan artis yang terlibat dalam siri originals ini adalah, Irfan Zaini, Syarul Ezani, Ungku Ismail dan ramai lagi pelakon hebat.

‘Honey Trap’ merupakan naskhah yang dikembangkan daripada dunia KUDETA, siri premium Astro Originals yang ditayangkan pada tahun 2022, lakonan Vanidah Imran yang memegang watak sebagaiPerdana Menteri wanita pertama di negara fiksyen, Masraya.

Menerusi 8 episod serta 2 episod istimewa, Honey Trap masih berlatarkan dunia Masraya dari siri kudeta dengan memperkenalkan watak baharu iaitu Surya Gabriel, seorang perisik wanita yang hebat, berkaliber, menawan dan berani dalam usahanya mempertahankan keselamatan negara.

Namun, Surya terperangkap dalam permainan kuasa yang rumit, dipenuhi pengkhianatan, dilema, dan ancaman.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 19 Mar 2018

Ini Fakta! Jumlah Penganggur Di Malaysia Masih Rendah

Kadar pengangguran belia negara adalah 12.4 peratus berbanding New Zealand (14 peratus), Australia (12.5 peratus) dan negara membangun lain seperti Filipina (13.5 peratus) dan Indonesia (19 peratus).

Featured Wed, 21 Sep 2022

Susulan Isu Saman, Caprice Nekad Bagi Kereta Kepada Follower Secara Percuma

Kenapa pulak ni tiba-tiba Cap nak bagi kereta free?

Trending Tue, 27 Oct 2020

Harga Terbaharu Pelitup Muka Berkuatkuasa Ahad Ini

Tidak ada lagi alasan selepas ini…

Hiburan Sun, 3 Nov 2024
Drama Thu, 15 Dec 2022
Hiburan Thu, 7 Feb 2019

’Jauhi Jantan Yang Buka Aib Mu’- Bapa Emma Maembong Luah Rasa

Sebilangan besar pengikut pengikut pelukis terkenal ini meninggalkan komen agar bersabar dengan dugaan dari Allah.

Hiburan Mon, 29 Jan 2018

JUN JI HYUN GIVES BIRTH TO SECOND BABY BOY

Famous Korean actress Jun Ji Hyun gave birth to a beautiful healthy baby

error: Content is protected !!