Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 19, 2025 @ 12:29pm

Dah Lama ‘Mati Rasa’ Sebelum Cerai, Nina Ismail Sabri Jawab Dakwaan Cepat ‘Move On’ 

Usahawan dan personaliti media sosial, Nina Ismail Sabri akhirnya tampil membuka mulut berhubung persoalan ramai mengenai dirinya yang didakwa cepat ‘move on’ selepas rumah tangga pertamanya berakhir, walaupun usia perkahwinan itu mencecah 10 tahun.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, anak kepada bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu menjelaskan proses ‘move on’ itu sebenarnya telah bermula jauh lebih awal, sebelum bercerai bersama pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie.

Menurutnya, keputusan untuk berpisah bukan dibuat secara tergesa-gesa, malah Nina sudah lama bersedia secara emosi sebelum lafaz cerai dibuat.

“Ramai tanya macam mana saya boleh ‘move on’ dengan cepat selepas perkahwinan selama 10 tahun, jadi ini jawapannya.

“Saya sebenarnya dah lama selesai dengan perkahwinan itu sebelum bercerai. Banyak benda saya lalui dalam diam. Saya tak pernah burukkan bekas suami, dan dia pun tak pernah kurang ajar dengan saya.

“Ya, proses tu memang tak cantik. Tapi kami hadap sama-sama dan selesaikan secara baik sebelum ambil keputusan untuk bawa haluan masing-masing,” katanya.

Tambahnya lagi, anak mereka, Jeanelle, tidak pernah menyaksikan pergaduhan antara mereka, dan dia berharap keadaan itu kekal selamanya.

“Jeanelle tak pernah tengok kami bergaduh atau naik suara. Saya betul-betul doa semoga benda tu kekal begitu sampai bila-bila,” katanya lagi.

Untuk rekod, Nina mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama jejaka pilihan hatinya, Hafiz Osman, pada November tahun lalu dan kini sedang hamil anak pertama mereka.

Sebelum ini, Nina pernah berkahwin dengan pereka fesyen tersohor, Jovian Mandagie pada 11 Disember 2013. Namun, pasangan itu berpisah pada Ogos 2023.

Menerusi perkahwinan terdahulu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Jeanelle Nika Mandagie, yang kini berusia tujuh tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 30 Apr 2018

Suami Buat Muka Selamba Buang Kepala Isteri Dalam Tong Sampah. Kejamnya!

Sudahlah kepala isteri dipenggal, seorang lelaki dirakam berjalan dengan aksi muka selamba di lorong-lorong kecil sambil memegang kepala mayat isterinya.

Events Thu, 24 Jan 2019

Kenapa Korang Wajib Datang Konsert Prelude AJL33 Sabtu Ini?

Hangatkan AJL33 dengan konsert Prelude Sabtu ini!

Featured Wed, 3 Jun 2026
Featured Thu, 29 Jan 2026

“Cinta Pada Mama Melebihi Segala Yang Saya Cinta Di Dunia” – Puteri Aishah Reda Pemergian Ibu Tersayang

Puteri Aishah menyifatkan ibunya itu sebagai insan paling disayanginya di dunia.

Hiburan Thu, 22 Nov 2018

Terbaik! Hasrat Eina Azman Bantu Kanak-Kanak Sakit Kulit Terlaksana

Selepas berbincang dengan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah, Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman turut membantu ibu mereka, Nurul Ain Abdullah mendapatkan rawatan dengan pakar kulit.

Featured Mon, 10 Jul 2023

“Nak Kurus Kena Usaha, Bukan Tabur Fitnah”- Hafiz Suip

Kesian Hafiz tak pasal-pasal kena fitnah🥴

Trending Tue, 19 Feb 2019

Isu Vaksin Cetus Perbalahan Netizen! Doktor Pakar Ini Akhirnya Bersuara

Rancangan yang bertajuk Vaksin: Perlindungan atau Kemudaratan ini menjadi perdebatan hangat kelompok netizen di laman sosial

Featured Mon, 30 Jun 2025
Featured Mon, 27 May 2024
error: Content is protected !!