Euforia Bola 2026
Trending By: Padin June 19, 2025 @ 4:00pm

Majlis Disamakan Dengan Upacara Agama Lain, Ibu Pengantin Beri Penjelasan – “Itu Hanyalah Resepsi Bertemakan Garden Wedding”

Penerbit Datin Mahfuzah Zakkiah Abdain menjawab dakwaan warganet yang menyamakan majlis perkahwinan anaknya, Putri Darweena Natasya dengan upacara agama lain.

Menurut Mahfuzah, majlis yang tular itu hanyalah majlis resepsi yang bertemakan ‘garden wedding’ dan anaknya yang mesra disapa dengan nama Weena sudah bernikah pada 8 Jun lalu.

“Sebenarnya, ramai salah faham. Ada yang kaitkan dengan upacara agama lain apabila melihat foto majlis anak kesayangan saya. Foto dan video yang viral itu adalah sedutan majlis resepsi yang diadakan pada 16 Jun lalu.

“Majlis resepsi pula bertemakan ‘garden wedding’, jadi pengantin dan tetamu datang mengikut tema majlis. Anak saya sudah bernikah dengan jejaka pilihan hatinya pada 8 Jun lalu di Al Manaar, The Muslim Cultural Heritage Centre di London,” kata ibu mertua kepada pelakon Erissa Puteri ini.

Tidak ambil hati dengan komen negatif orang ramai, Mahfuzah hanya ingin semua pihak tahu ia hanyalah majlis resepsi semata-mata.

Mahfuzah turut memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan anak perempuannya yang baru sahaja tamat pengajian dalam jurusan undang-undang.

“Itu hanya majlis resepsi, tiada kena mengena dengan upacara mana-mana agama. Tak salah untuk pengantin memilih tema ‘garden wedding’ dan mengenakan pakaian sebegitu memandangkan pihak lelaki merupakan juruterbang yang berasal dari London.

@budak.tadika Congratulations, Selamat Pengantin Baru for Weena & Ishtiaq 💍🤍 #happilyeverafter #weena #fypシ #fypviral #london #mixedcouple #culture #londonweddings #weddings #photography ♬ original sound – Budak Tadika

“Urusan akad nikah semua sudah diselesaikan awal. Saya juga menerbangkan mereka yang berpengalaman di Malaysia untuk ke London seperti jurusolek Rozlan Nassir, pereka fesyen Engku Rizalman dan jurufoto Budak Tadika untuk majlis anak saya. Sejujurnya, saya tak ambil hati dengan komen negatif, tetapi sebagai ibu saya berharap orang ramai dapat mendoakan agar perkahwinan yang dibina oleh anak-anak saya kekal sehingga ke akhir hayat, Insya-Allah,” katanya menutup bicara.

Kredit foto: AD Photography, Budak Tadika

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 13 Feb 2024
Hiburan Sun, 7 Jul 2024

Sarah Yasmine Didakwa Perli Ruhainies, Buat Video Parodi ‘Tak Pandai Menangis’ – “Hang Memang FK!”

Nampak gayanya kenyataan Ruhainies tak pandai menangis ni masih hangat 🤣

Trending Mon, 16 Aug 2021

Sokong Jenama Lokal, Yuna Bantu Usahawan Tempatan

Penyanyi Malaysia yang menempa nama di persada antarabangsa, Yuna dikenali sebagai penyokong tegar jenama tempatan. Biarpun membina kerjaya di luar negara, Yuna tidak lupa untuk memberikan sokongan kepada usahawan lokal. “Ramai yang tahu saya memang […]

Hiburan Sun, 19 Jan 2025

“Video Tak Berhijab Rakaman Lama, Nabil Tak Sengaja Kongsi” – Zira Ayub

Isteri Nabil Ahmad, Zira Ayub menafikan tuduhan dirinya tidak lagi berhijab ketika berada di luar negara.

Featured Tue, 15 Nov 2022

“Dah Melangkah Sebelah Kaki, Teruskan” – Norman Hakim Tak Halang Anak Ceburi Bidang Seni

Kalau dah suka, kena lah sokong kan.. Sporting lah Norman Hakim

Events Fri, 29 Nov 2019
Hiburan Sun, 3 Nov 2024
Featured Wed, 30 Jun 2021

“Jangan Pendam Jika Ada Masalah, Luahkan…” – Nazim Othman

Berikutan tularnya pelbagai masalah dan tekanan yang hidup yang dihadapi oleh orang ramai, pelakon Nazim Othman menggalakkan agar individu yang mengalami tekanan agar tidak memendamnya seorang diri. Nazim menggalakkan mereka yang mengalami tekanan di saat […]

error: Content is protected !!