Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 30, 2025 @ 1:58pm

Comelnya! Fatima Titip Pesan Kepada Fazura – “I Miss You… But, Please Don’t Cry”

Penyanyi, pelakon dan usahawan, Fazura terkejut apabila anak perempuan tunggalnya, Nur Fatima Aisya sempat meninggalkan pesanan kepadanya supaya tidak menangis sebelum dia meninggalkan ibunya itu.

Kata Fazura menerusi perkongsian di Threads,  Fatima berkata demikian sebelum keluar dari rumah kerana mahu menghabiskan masa dikediaman sepupunya.

Meskipun baru berusia empat tahun, namun Fatima dilihat sebagai seorang yang matang dan bijak.

“Anak saya yang berumur empat tahun tinggalkan rumah untuk pergi ke rumah sepupunya.

“Dia siap bagi amaran ‘bye mommy, Fatima akan rindu mommy tapi tolong jangan menangis ok?’.

“Kejap, tapi bila mommy menangis ni? Ceh ceh dia tu,” kongsinya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Luar Biasa itu turut berkongsi gelagat anaknya, Fatima, yang disifatkan sangat ‘drama’.

Menurutnya, Fatima sempat memberikan pandangan serius ke arahnya ketika menyampaikan pesanan tersebut, seolah-olah sedang berlakon.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan tindakan Fatima sekaligus menyifatkan anak kecil itu sebagai seorang yang cerdik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 18 Apr 2023
Events Sat, 12 Oct 2024
Hiburan Wed, 10 Apr 2019

‘Jodoh Saya Kuat Dengan Raihan’- Sharifah Khasif

Konsert ‘Qasidah Night’ pada 27 April nanti turut diserikan dengan penampilan penyanyi lagenda Dato Jamal Abdillah.

Featured Wed, 23 Jun 2021

“Ah!!Sakitnya..Kenapa Bukan Andy, Jasmin?”- Netizen Kecewa Tengok Ending Single Terlalu Lama

Drama Single Terlalu Lama lakonan Ungku Ismail Aziz dan Julia Farhana Marin yang ditayangkan di slot drama Pukul 6 TV3 akhirnya menemui episod akhir. Ternyata, plot drama ini yang agak unik berjaya menyingkap kisah cinta […]

Hiburan Sat, 4 Jan 2025

Rizky Febian & Mahalini Nikah Semula, Perkahwinan Akhirnya Sah Di Sisi Agama

Pernikahan kali kedua Mahalini Rizky Febian kini sah

error: Content is protected !!