Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin October 12, 2024 @ 11:50am

Selepas 24 Tahun, Aedy Ashraf Akhirnya Rangkul Anugerah Pelakon Filem Popular… Pesan Anak Muda Jangan ‘Stop’ Berangan

Pelakon versatile, Aedy Ashraf, 24, bersyukur dan tidak menyangka bahawa rezekinya akan membawa pulang Anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular pada tahun ini.

Kata Aedy, berkecimpung dalam industri hiburan selepas 24 tahun, akhirnya membuahkan hasil.

Selain tidak pernah meletakkan sebarang harapan untuk memenangi trofi sebelum ini dek kerana menyifatkan bidang lakonan adalah minatnya dari dahulu, teraju utama drama rantaian popular TV3, Budak Tebing ini bagaimanapun berasa seronok.

“Saya tak pernah pegang anugerah tiba-tiba dapat pelakon filem popular, saya sangat gembira dan bersyukur.

Saya juga tak pernah letak sebarang anugerah sebagai penanda aras sebab saya seronok dan suka berlakon, seikhlas mungkin,” katanya.

Aedy berkata demikian ketika ditemui pada sidang media malam kemuncak ABPBH36 yang di adakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor.

Dalam pada itu, Aedy berkata tiada masalah untuk pelakon muda memiliki impian besar memenangi anugerah di tahap tertinggi.

Baginya, memasang angan-angan itu percuma justeru tidak salah sekiranya mereka memasang impian untuk terus terbang tinggi.

“Bagi saya angan-angan sangat penting dan bermimpilah setinggi yang mungkin kerana ia percuma.

“Saya rasa semua orang perlu ada impian yang tinggi dan jika tak sampai setinggi diimpikan tetapi dapat yang hampir pun sudah bersyukur,” ulasnya

Aedy berkata demikian pada sidang media abpbh 36 yang diadakan di Dewan MBSA Shah Alam pada Jumaat.

Sementara itu, Aedy juga tercalon dalam Aktor TV Popular namun tumpas kepada anak jati Kuching, Sarawak iaitu Hun Haqeem.

Untuk info, Aedy memulakan karier sebagai pelakon tambahan seawal usia tujuh tahun.

Aedy juga merupakan anak kepada aktres Leeza Zain yang popular sekitar tahun 90-an.

ABPBH36 mempertaruhkan 16 kategori Utama dan lima kategori Ekstra Tonton Paling Popular dengan pemenang trofi Bintang Paling Popular.

Malam kemuncak ABPBH36 dihoskan oleh tiga pengacara iaitu Didie Alias, Riena Diana dan Haniff Hamzah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Tue, 6 Aug 2019

MyeongDong Topokki Challenges Your Taste Buds with Pedasss Chick-Yun Challenge!

Do you think you have what it takes to take on the ultra spicy chicken ramyun exclusively from MyeongDong Topokki?

Hiburan Thu, 6 Jan 2022

Khai Bahar Tak Bimbang Jika Netizen Beri Gelaran Pelakon Kayu

Penyanyi yang kini bergelar pelakon, Khai Bahar mengakui tidak risau jika orang ramai menggelarnya sebagai pelakon ‘kayu’. Pada awal kemunculannya dalam bidang lakonan, dia sudah menerima pelbagai kritikan netizen. Bagaimanapun, Khai mengambil segala maklum balas […]

Eat Travel Fri, 2 Aug 2019

Sedap dan sihat, cuba buat snek churro dengan teknik bakar

Jika anda jaga badan, anda boleh makan tanpa rasa bersalah.

Hiburan Mon, 21 Oct 2024
Trending Thu, 26 Jul 2018

HFMD Pun Boleh Kena Pada Orang Dewasa

Segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

Hiburan Sat, 13 Jul 2024

Gelekan Bollywood Gamatkan Episod ICSYVMY7 Minggu Ini!

Gamatnya episod ICSYVMY7 minggu ni!

Featured Wed, 29 Jan 2020
error: Content is protected !!