Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 25, 2025 @ 7:23pm

[VIDEO] Diuji Tanpa Tawaran Kerja, Fimie Don Akui Pernah ‘Ego’ Dengan Tuhan

Pelakon dan penyanyi, Fimie Don tidak menyangka dirinya diuji dengan fasa kehidupan paling gelap apabila langsung tidak mendapat sebarang tawaran kerja selama hampir dua bulan.

Buntu dan hilang arah, Fimie atau nama lengkapnya, Shafimie Saedon, 27, nekad mengambil kerja sebagai ‘hantu’ di taman tema Sunway Lagoon.

“Bayangkan, dua bulan saya tak ada job berlakon atau menyanyi. Saya duduk di studio teater, tak balik rumah. Saya rasa sangat ‘lost’.

“Akhirnya saya kerja jadi hantu di Sunway Lagoon. Walaupun muka dah penuh makeup seram, orang tetap cam saya. Bila ditegur ‘Eh, Fimie Don ke?’ saya rasa malu sangat,” katanya.

Lebih memilukan, Fimie yang pernah popular sebagai pelakon kanak-kanak satu ketika dulu berkata kerja sebagai ‘hantu’ itu hanya dibayar RM200 untuk tempoh dua bulan.

“Dua bulan kerja jadi hantu gaji aku RM200. Aku tak pernah kerja waktu pejabat pukul 9 – 5 petang, jadi aku tak ‘punch in and out’.

“Sebelum aku kerja dekat situ, mak aku kata ada satu tawaran kerja tapi saya tolak. Bayangkan dua bulan tak ada kerja lepastu tiba-tiba nak bagi aku tawaran masa aku dah kerja Sunway Lagoon. Aku ego dengan Tuhan,” katanya.

Dalam pada itu, Fimie turut mendedahkan dia pernah mempersoalkan aturan Tuhan ketika berdepan kesusahan.

“Aku cakap dengan Tuhan ‘ah tak ada. No. Tak nak bagi muka kali ini. Saya akan buat apa saya nak. Aku nak kerja Sunway Lagoon, ini usaha aku… kau nak tengok aku berusahakan? Kau rasa kau bagi aku berlakon sebelum ini hadiah untuk aku’,” katanya.

Namun, Fimie akui semua yang berlaku adalah satu bentuk teguran daripada Yang Maha Esa.

“Tuhan tunjuk kuasaNya kat aku, dua bulan aku kerja sia-sia RM200 saja gaji.  Tapi sehari selepas itu, produksi yang sebelum ini telefon semula mereka tanya balik kalau saya masih berminat, dan kali ini tawaran naik jadi RM6,000,” ujarnya lagi.

Jelas Fimie, pengalaman itu menyedarkannya rezeki tetap milik Tuhan dan tidak pernah datang lewat.

“Aku bagi tahu kawan aku jangan marah Tuhan sebab aku tahu apa pernah lalui benda itu. Rezeki, ego, angkuh, marah… semua itu Dia yang pegang,” katanya.

@soutudeen

Watch full vid yt soutudeen feat @Fimie Don

♬ original sound – soutudeen – soutudeen

Sumber: Podcast Soutudeen

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 22 Jun 2024

Konsert Solo Terakhir Awie: Kombinasi Monolog Dan Persembahan Teatrikal Rai 30 Tahun Perjalanan Karier Seni

Konsert ‘Journey’ Awie yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2024 ini meraikan perjalanan 30 tahun Datuk Awie di dalam dunia seni sejak 1985 sebagai artis solo. Penonton bakal disajikan […]

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Muzik Video Zizan Razak Antara Yang Paling Trending!

Tak hairan lah kenapa muzik video ni trending!

Hiburan Fri, 7 Mar 2025

Bercerai Bukan Jalan Terbaik, Nur Nilam Masih Berharap Ada Belas Kasihan Dari Azlan Komeng – “Setiap Hari Doa ‘Penyondol’ Tak Ambil Suami Saya”

Nilam mengaku perceraian bukan jalan terbaik buat untuk menyelesaikan konflik rumah tangga bersama Azlan Komeng

Featured Fri, 10 Jun 2022
Hiburan Tue, 24 Oct 2023

Khas Buat Peminat, NOAH Bakal Adakan Konsert 11 November Ini!

Dah sedia ke nak serbu NOAH tu?? Tak sabar😆😆

Hiburan Mon, 18 Dec 2017

《决战好声》曹格战队学员林文荪大热姿态夺冠

来自大马斗湖沙巴的曹格战队学员林文荪,第二回合以盲选赛选曲《身骑白马》获得62%观众简讯投票率,大热姿态击败另一大热门Kenny刘国辉,勇夺《The Voice 决战好声》冠军!

error: Content is protected !!