Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 26, 2025 @ 5:07pm

Mudah Terganggu, Namron Akui Alami ‘Stage Fright’ – “Saya Tak Suka Jadi Perhatian Penonton”

Pelakon dan pengarah, Namron mengakui dia merupakan seorang yang mudah terganggu apatah lagi bila berada di atas pentas.

Katanya, ketika menerima tawaran untuk berlakon teater ‘Persiapan Seorang Aktor’ dia tidak mampu memberikan jawapan terus kepada pengarah, Syahrul Musa dek kerana perasaan gemuruh yang dialaminya itu.

“Saya tak suka menjadi perhatian penonton.

“Saya sebenarnya memang tidak suka berada di atas pentas apatah lagi apabila menjadi perhatian. Penonton tengok saya. Saya memang tidak selesa,” katanya.

Mengulas lanjut, Namron atau nama lengkapnya, Sahili Abdan, 55, berkata, sebelum ini juga dia pernah diserang ‘stage fright’ ketika melakonkan teater secara tidak langsung menyukarkan dirinya untuk menerima tawaran tersebut.

“Saya memang tak suka beraksi di atas pentas. Rasa senak perut, nak terberak semua ada.

“Sebab itu bila dapat tawaran ini, saya jadi takut.

“Saya juga jenis yang mudah terganggu. Dulu masa saya ditawarkan membawakan watak seorang Ustaz, saya diarahkan untuk membacakan dialog dalam bahasa Arab, tapi bila tengok sahaja penonton di hadapan, saya jadi gugup dan terus keluar pentas,” jelasnya.

Bosan dengan watak yang diberikan

Dalam masa yang sama, pelakon filem Bunohan ini turut mengakui rasa jemu apabila sering diberikan watak yang sama, dan kini ingin mencabar dirinya dengan membawakan peranan yang lebih segar dan berbeza daripada kebiasaannya.

“Saya dah tepu kerana asyik berlakon sampikan saya hilang keseronokan.

“Jadi, saya mahu mencabar diri sebagai pelakon sekaligus menerima tawaran ini,” ujarnya.

Sekadar info, pemenang dua anugerah di 20th BOH Cameronian Arts Awards bagi Kategori Best Original Skrip dan The Best Of 2024 iaitu, ‘Persiapan Seorang Aktor’, kembali dipentaskan pada 17 hingga 20 Julai 2025 depan bertempat di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC).

Diterbitkan oleh Juan Ab Aziz dan diarahkan oleh Syahrul Musa serta skrip nukilan Saat Omar, teater ini akan membariskan pelakon tersohor tanah air seperti Nam Ron, Aloy Paradoks, dan Fazleena Hishamuddin.

Naskhah yang bakal dipentaskan ini bakal menyelami jiwa seorang pelakon yang bergelut mencari kejujuran dan erti sebenar dalam setiap watak yang dibawanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mask Team (@maskteam)

Tiket pementasan kini boleh didapati di laman rasmi www.onetix.com.my pada harga RM58, RM78 dan RM98.

Orang ramai disaran mendapatkan tiket awal bagi mengelakkan kekecewaan.

Untuk perkembangan terkini, ikuti laman media sosial rasmi Mask Team.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Hebat! Leftenan Zana Terima 25.5 Juta Penonton

Penerimaan luar biasa penonton menerusi drama Leftenan Zana ini membuktikan TV3 tidak hanya menghidangkan kisah cinta untuk tatapan penonton

Featured Mon, 17 Oct 2022

“The Hate Is Real! Aku Mintak Dilayan Ke Dari Kau?” – Caprice Pertahan Pendapat, ‘Kebal’ Dengan Respons Cikgu Fadli

Selepas terpalit dengan isu kontroversi membabitkan kes amang seksual pendakwah selebriti sehingga isterinya turut digelar dengan panggilan kurang sopan, penyanyi rap Caprice sekali lagi diduga dengan isu ‘panas’ membabitkan seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu […]

Hiburan Tue, 29 Jan 2019

Will Pan Becomes Timberland’s Brand Ambassador in Support of Environmental Sustainability

Will hopes that his fans and everyone else will be more aware of the current environment issues and take steps towards curbing it.

Hiburan Thu, 16 Oct 2025
Trending Tue, 1 Oct 2019

Ganjaran RM30,000 Untuk Buru Pembunuh Gajah Yang Mati Ditembak

Gajah ini sengaja dibunuh, kesiannya. Jom sama-sama cari pembunuh

Trending Tue, 3 Dec 2019

Here’s How Rihanna Went From Nearly Bankrupt To The World’s Richest Female Musician

Just like the opening line of Rihanna’s 2016 dance hall anthem, sometimes you just have to “work, work, work, work, work”.

Featured Thu, 28 Apr 2022

Elon Musk Bersetuju Beli Twitter, Perlu Bayar RM4.3 Bilion Jika Batal Pembelian

Yuran pembatalan akan dikenakan ke Elon Musk jika batal beli Twitter.

error: Content is protected !!