Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 26, 2025 @ 6:45pm

Ismail Izzani Kembali Dengan ‘Tenggelam’, Sarat Dengan Emosi & Jiwa

Penyanyi dan penulis lirik berbakat, Ismail Izzani kini kembali menghangatkan industri muzik tempatan dengan single terbaharunya berjudul ‘Tenggelam’.

‘Tenggelam’ merupakan  sebuah lagu cinta yang penuh metafora dan menyentuh emosi, malah disampaikan menerusi melodi lembut dan lirik jujur yang dekat di hati pendengar.

Lagu yang ditulis oleh Ismail bersama Brendan Lim Seng Meng dengan gubahan muzik oleh Amanda Gnai Song Hui dan Brendan, serta diterbitkan oleh MFMF, ‘Tenggelam’ memperlihatkan sisi kematangan Ismail sebagai artis yang bukan sekadar penyanyi, tetapi juga pencerita emosi.

Kata Ismail, lagu ini bukan berkisarkan tenatang kehilangan sebaliknya cinta yang mendalam.

“Lagu ini bukan tentang kehilangan, tetapi tentang cinta yang sangat mendalam.

“Lagu ini menceritakan tentang rasa yang membungkus kita saat bertemu seseorang yang benar-benar memahami diri kita,” katanya.

Proses kreatif ‘Tenggelam’ berlaku secara semula jadi dan penuh spontan.

Tambahnya, rentak dan melodi utama datang hampir serta-merta ketika sesi studio pertamanya bersama MFMF.

“Sebaik sahaja saya dengar beat, hook terus datang. Banyak lirik juga datang terus dari hati saya. Ia pengalaman yang organik dan sangat menyeronokkan,” jelasnya.

Video muzik rasmi Tenggelam, yang telah dilancarkan di YouTube pada 19 Jun lalu menampilkan pendekatan berbeza dan lebih kepada penceritaan mood dan ekspresi, berbanding jalan cerita tradisional.

“MV ini bukan naratif, tapi vibe. Kami mula penggambaran seawal 4 pagi dan ruang improvisasi itu beri banyak ilham spontan. Saya sukakan mood Y2K yang kami bawa,” kongsinya.

Lagu ini juga menjadi titik temu bermakna apabila Ismail kembali bekerjasama dengan dua individu penting sejak awal kariernya iiatu bersama, Ghazi Maslan dan Lily.

Meskipun tampil dengan karya penuh rasa, Ismail tetap merendah diri dan berharap lagu ini  diterima sebagai langkah baru ke arah pengukuhan identitinya sebagai pemuzik.

“Saya harap orang dapat rasa vibe lagu ini. Saya nak mereka kenal saya bukan hanya sebagai penyanyi, tapi juga sebagai pemuzik dan penghibur yang boleh beri kesan.

“Moga Tenggelam jadi permulaan kepada lebih banyak karya selepas ini,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Jan 2023

Bakal Diadakan 25 Februari Ini, Pretty Ugly 21 Anniversary Hadiah Buat Peminat

Kugiran psychedelic rock, Pretty Ugly bakal menemui peminatnya di Konsert Pretty Ugly 21 Anniversary pada 25 Februari 2023 di The Paddock PJ, Kelana Jaya. Konsert ini bertujuan meraikan ulang tahun yang ke-21 Pretty Ugly sepanjang […]

Hiburan Wed, 24 Apr 2019

Dilabel Serupa ‘Tengkorak’, Apa Komen Amyza Adnan?

Sebab itu saya suka berlawak dan tidak suka fikir benda yang stress…

Selebriti Mon, 18 Dec 2023
Featured Tue, 1 Nov 2022
Hiburan Sat, 31 May 2025
Hiburan Fri, 9 Feb 2018

T.O.P「恭敬弯腰」服役照曝光 粉丝泪崩:看到笑容了!

韩国偶像团体BIGBANG成员T.O.P(本名崔胜铉)在2017年陷入吸麻风波,相关单位发表惩戒后,在入伍近3个星期,8日终于有他的近况照片流出,他谦虚地将手往前摆,脸上露出微笑,看起来气色非常好,让粉丝泪喊「终于看到笑容了」。

Hiburan Fri, 26 Oct 2018

‘ Saya Bangga Jadi Muslim’, Sinead O’Conner Umum Peluk Islam

Kawan rapat, Elaine memberikannya hijab pertama dan beliau seram sejuk seluruh badan sewaktu melihat Shuhada menyarungkannya.

error: Content is protected !!