Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 28, 2025 @ 3:39pm

“Saya Masak Bukan Nak Suap Awak” – Zara Zya Tegur Netizen Komen Guna Daun Kari Dalam Asam Pedas

Pelakon popular, Zara Zya tampil memberikan reaksi tegas terhadap segelintir netizen yang mempertikai caranya memasak asam pedas, termasuk penggunaan daun kari dalam resepi tersebut.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin tampil mempertahankan diri selepas ada yang ‘mengajar’ semula cara sebenar masak hidangan berkenaan.

“Saya masak, bukan nak bagi awak makan. Saya masak untuk saya dan keluarga saya makan. Asam pedas tu, kawan mama saya dari Melaka yang kongsi resepi,” tulisnya tegas.

Menurut Zara lagi, resepi itu sudah menjadi kegemarannya sejak dulu dan niat asal dia berkongsi hanyalah untuk membantu sesiapa yang nak mencuba.

“Saya suka dan niat saya kongsi untuk sesiapa yang ingin mencuba. Ingin daun kari itu hanya untuk masakan kari saja ke?

“Sebab tu ada pepatah ‘pergilah belajar hingga ke negara China’. Buka minda tu luas-luas. Orang dah kongsi ilmu, dia bodohkan kita pula? Indah sungguh bahasa. Benci sangat pada saya ya?” katanya lagi.

Teguran pedas itu meraih sokongan ramai pengikut yang rata-ratanya bersetuju setiap orang mempunyai cara berbeza dalam memasak, malah penggunaan bahan seperti daun kari juga boleh diolah mengikut selera masing-masing.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 Apr 2023
Trending Wed, 12 Jul 2023
Figura Wed, 13 Sep 2023
Hiburan Fri, 20 Apr 2018

Isu ‘Peha Melimpah’, Kenapa Che Ta Naik Angin?

Tulis Rozita, “ Kata dah mohon maaf, ka mohon propa? Ish ingat mulut ja jahat, rupanya hati perut pun busuk, luar dalam sama busuk, kedut macam lace beropol,”

Hiburan Tue, 2 Apr 2019

Fasih Nyanyi Lagu Belaian Jiwa, Park Bo Gum Buat Peminat Respect!

Respect habis tengok Park Bo Gum nyanyi lagu Belaian Jiwa!

Hiburan Tue, 1 Jul 2025
Hiburan Thu, 30 Jan 2020
error: Content is protected !!