Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain February 1, 2024 @ 6:05pm

Masalah Vertigo Hampir Mengancam Nyawa, Fizo Omar Akui Trauma – “Syukur Saya Diberi Peluang Kedua Untuk Hidup”

Pelakon dan pengacara Fizo Omar mengakui dirinya trauma apabila dirinya rebah dan tidak sedarkan diri akibat vertigo, baru-baru ini.

Menurut Fizo, dia bersyukur dirinya masih diberikan peluang kedua untuk terus hidup.

“Pada mulanya, saya berasa tidak selesa dan kepala seperti berpusing.

“Bila rebah, saya juga tidak ingat apa yang berlaku ketika itu. Saya bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk hidup,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Fizo ketika ditemui di sidang media Nasi Lemak Kopi O di Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpu, semalam.

Tambah Fizo, derita vertigo yang dialaminya berpunca daripada stress bahkan mampu mengancam nyawa.

“Bila buat pemeriksaan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) dan pakar telinga, hidung dan tekak (ENT), doktor beritahu ia berpunca dari masalah resdung saya yang agak teruk.

“Menurut doktor, keadaan vertigo saya juga agak serius dan jika tidak dirawat dengan segera boleh mendapat ‘minor strok,” jelasnya.

Dalam pada itu, Fizo turut memaklumkan dirinya kini trauma untuk memandu seorang diri kerana takut diserang masalah vertigo secara tiba-tiba.

“Buat masa ini saya tidak berani untuk memandu kereta sendirian.

“Kalau keluar rumah, saya akan ditemani pembantu atau team (pasukan) kerja saya,” katanya

Syukur tahap kesihatannya semakin beransur pulih, pengacara program Nasi Lemak Kopi O itu menyatakan dirinya disarankan untuk berehat selam dua minggu oleh doktor yang merawatnya.

“Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya beransur pulih. Saya juga makan ubat yang dibekalkan dan buat senaman fisio mengikut saranan doktor.

“Bila makan ubat, dosnya tinggi dan buat saya mengantuk sebab itu saya makan bila waktu nak tidur di rumah,” katanya.

Terdahulu, Fizo terpaksa dikecualikan daripada mengacarakan program NLK0 di TV9 kerana pengsan akibat vertigo pada 18 Januari lalu.

Selain Fizo, program Nasi Lemak Kopi O itu juga turut dikendalikan oleh beberapa hos hebat seperti Erra Fazira, Datin Seri Heliza Helmi, Fakhrul Radhi, Barr Zaizan, Saree Abdullah, Irfan Ali, Syamira Nazir dan Qila Shahirah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 27 Oct 2018

与圈外女友交往1年 李吉汉韩国求婚成功

「全民偶像」Daniel李吉汉在韩国向交往1年的圈外女友求婚成功!

Hiburan Thu, 5 Jul 2018

Bengang Dengan Gimik Haqiem Rusli, Ini Pesanan Padu Caprice

Caprice menyifatkan Haqiem Rusi dan pihak pengurusannya sebagai memalukan? Baca berita penuh dengan hanya klik entri ini.

Trending Mon, 7 Dec 2020
Featured Tue, 19 Jul 2022

Penceramah Bebas 30-an Direman 5 Hari, Didakwa R*gol Remaja 14 Tahun

“Berkenalan sejak Mei lalu. Mangsa dan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim..” – Timbalan Ketua Polis, Datuk S Sasikala Devi

Featured Fri, 2 Sep 2022

Zaidi Omar Dedah Rahsia Kekal Sihat Di Usia 64 Tahun

Patutlah nampak muda dan sihat je selalu.. Boleh amalkan petua ni 😁

error: Content is protected !!