Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 28, 2025 @ 11:56am

Yana Samsudin Ditahan Di Wad Akibat Alami Dehidrasi, Suami Mohon Peminat Titip Doa Buat Isteri & Anak Dalam Kandungan

Pelakon Yana Samsudin dilaporkan terpaksa dirawat di sebuah hospital swasta akibat mengalami dehidrasi.

Menerusi perkongsian suaminya yang juga pelakon, Fadzil Zahari, pada mulanya isterinya itu mengalami demam panas dan sakit sendi secara tiba-tiba.

“Doakan isteri abang kembali sihat… baby dalam kandungan juga sihat.

“Mula-mula anak ketiga demam, mommynya jaga lepastu, sehari dah sihat budak tu… mommynya pula badan panas tiba-tiba, sakit badan dan sendi. Terbaring seharian, ajak pergi hospital dia tak mahu.

“Jadi saya terpaksa paksa isteri ke hospital swasta berdekatan untuk lakukan checkup,dan ternyata isteri sakit dan terpaksa di tahan di wad kelas pertama.

“Saya mohon maaf bagi pihaknya sebab ada kerja shooting dan live terpaksa di postponed sementara,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Haji Fadzil Zahari (@fadzilzahari)

Terdahulu, Fadzil memuat naik perkongsian di laman Instagram miliknya meminta pengikutnya untuk mendoakan kesihatan Yana yang dimasukkan ke wad sejak dua hari lalu.

Yana dan Fadzil mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aisy Mateen, 9, Aura Aisy Sofea, 5, dan Aisy Hakeem yang kini berusia setahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 Feb 2021
Hiburan Mon, 5 Nov 2018

‘Maaf…It’s TOO MUCH Untuk Marketing’, Fazley Yaakob Tegur Jutawan Kosmetik

Jutawan kosmetik itu perlu cara bijak untuk mempromosikan produknya bukan dengan cara melulu.

Featured Thu, 17 Oct 2024

Sarah Yasmine Dakwa Ruhainies Tayang Bunga Lama?

Hmmmm… betul ke ni. So, acah je lah ni pakai bunga yang sedia ada👀

Featured Wed, 1 Mar 2023
Featured Wed, 25 Sep 2024

“Fattah Amin Belum Sedia Lepaskan Fazura” – Peguam

Allahu, sebak kin tengok Fattah ni💔💔💔

Featured Sun, 22 May 2022
Hiburan Thu, 5 Oct 2023
error: Content is protected !!