Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 28, 2025 @ 8:28pm

Miera Leyana Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke-5 – “Bila Kita Ada Satu Sama Lain, Itu Sudah Segalanya”

Pelakon popular, Miera Leyana baru-baru ini berkongsi beberapa foto dan video di Instagram sempena sambutan ulang tahun perkahwinannya yang kelima bersama suami tercinta, Rosland Othman.

Menerusi perkongsian tersebut, pasangan ini dilihat meraikan detik istimewa itu bersama dua cahaya mata mereka di sebuah restoran dalam suasana penuh bahagia.

Miera turut menzahirkan rasa syukur dan penghargaan terhadap suaminya menerusi kapsyen ringkas namun bermakn.

“When we have each other, we have everything…,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIERA LEYANA (@mieraleyana)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIERA LEYANA (@mieraleyana)

Di ruangan komen, ramai pengikut dan rakan artis mengambil kesempatan mengucapkan tahniah serta mendoakan agar mahligai perkahwinan mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Terdahulu, Rosland pernah dikaitkan dengan dakwaan diisytihar muflis dan dilarang ke luar negara.

Perkara itu didedahkan oleh aktivis Mona Din menerusi satu hantaran di Facebook, sebagai respon kepada kenyataan bekas isteri Rosland, Adibah Mutallib.

“Rosland kini diisytiharkan muflis dan tidak dibenarkan meninggalkan negara,” dedah Mona.

Artikel Berkaitan: Suami Miera Leyana Didakwa Muflis, Tak Boleh Keluar Negara?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 23 Jan 2019
Hiburan Thu, 16 Apr 2026

Jabat Erat Fringe Arts Festival Himpun Penggiat Seni

Festival Jabat Erat dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Jun 2026 di Odeon KL.

Hiburan Mon, 14 Oct 2024

“Tak Perlu Nak Sindir, Mengata Buruk Orang” – Uyaina Arshad 

Setuju cakap Uyaina, memang wajar menang Pengacara Paling Popular ABPBH 36! 😌🤩

Hiburan Thu, 3 Oct 2024
Hiburan Mon, 25 May 2026

“Masih Ada Artis Beri Kualiti Bagus Dengan…” – Jaja Ishak Elak Ambil Pelakon Banyak Syarat, Tak Boleh Outstation Ke Pahang

Jaja Ishak selaku penerbit perlu bersikap adil terhadap keseluruhan pasukan produksi termasuk krew dan tenaga kerja belakang tabir, bukan hanya memenuhi permintaan artis semata-mata.

Hiburan Tue, 26 Dec 2017

2018 DIJANGKA TAHUN LEBIH INDAH AMAR BAHARIN

Amar juga mengakui tahun 2018 merupakan tahun yang sangat sibuk bagi dirinya mahupun Amyra

error: Content is protected !!