Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 25, 2026 @ 5:30pm

“Masih Ada Artis Beri Kualiti Bagus Dengan…” – Jaja Ishak Elak Ambil Pelakon Banyak Syarat, Tak Boleh Outstation Ke Pahang

Penerbit Jaja Ishak mengakui tidak semua artis sesuai untuk bekerjasama dengan syarikat produksinya terutama apabila melibatkan terlalu banyak syarat serta tuntutan di luar kemampuan produksi.

Menurut pemilik rumah produksi Jaja Ishak Channel ini, dia sebagai penerbit drama tempatan perlu bersikap adil terhadap keseluruhan pasukan produksi termasuk krew dan tenaga kerja belakang tabir, bukan hanya memenuhi permintaan artis semata-mata.

“Kami sebagai pihak produksi pun ada bajet dan had tertentu. Kalau ada artis yang terlalu banyak terma dan syarat, saya memang kurang berminat nak ambil.

“Ada artis yang meletakkan harga terlalu tinggi hingga di luar kemampuan produksi. Kita pula buat drama biasa, bukan premium series atau OTT, jadi semuanya kena ikut bajet yang ada,” katanya.

Jaja berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataannya di Threads sebelum ini yang menyentuh isu bayaran artis dan cabaran pihak produksi menguruskan kos penerbitan drama.

Menerusi perkongsian itu, Jaja memaklumkan pihak produksi juga mempunyai komitmen besar termasuk pembayaran gaji pekerja, bil operasi pejabat serta caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) selain memastikan produksi terus berjalan lancar.

Dalam masa sama, Jaja berkata terdapat juga segelintir artis yang enggan menjalani penggambaran luar Kuala Lumpur sehingga menyukarkan proses kerjasama memandangkan syarikat produksinya berpangkalan di Pahang.

“Syarikat kami memang banyak buat penggambaran di Pahang sebab kami berasal dari sana. Jadi outstation memang wajib.

“Ada artis yang tak boleh outstation, jadi kami tak boleh bekerjasama dengan mereka. Tak ada masalah pun sebenarnya, mereka ada pilihan sendiri dan kami pun ada keperluan produksi sendiri,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaja Ishak Tepis Dakwaan Syarikat Produksi Disenarai Hitam – “Gosip Itu Tidak Baik, Industri Kita Terlalu Kecil”

Menurutnya, pemilihan lokasi di Pahang juga dibuat kerana mahu mengetengahkan keindahan negeri itu yang jarang dipaparkan dalam drama tempatan.

“Kita ada gunung, sungai, pulau dan banyak lokasi menarik di Pahang. Jadi saya memang suka highlight tempat-tempat menarik yang jarang dipaparkan dalam drama lain,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Jaja turut mengumumkan drama bersiri baharu terbitannya berjudul Sepenuh Hati Rindu bakal memulakan penggambaran pada 21 Jun depan untuk slot Samarinda TV3.

Katanya, drama tersebut bakal menampilkan jalan cerita yang penuh konflik dan berbeza daripada kebiasaan.

“Saya rasa penonton akan teruja sebab drama ini ada konflik yang mungkin di luar jangkaan mereka,” katanya.

Tambah Jaja, setakat ini drama berkenaan bakal dibintangi Farah Nabilah yang kembali aktif selepas berehat selain Shah Jaszle bersama beberapa pelakon lain.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 20 Mar 2019
Hiburan Wed, 8 Oct 2025

Tur SAMA SAMA Singgah Malaysia… Tulus, Kunto Aji, Dere, Sal Priadi & Idgitaf Bakal Gegar Idea Live Arena 5 Disember Ini!

Tur SAMA SAMA menghimpunkan lima nama besar muzik Nusantara iaitu Tulus, Kunto Aji, Dere, Sal Priadi dan Idgitaf yang terkenal dengan karya unik serta gaya persembahan tersendiri.

Featured Wed, 23 Jun 2021

Kerajaan Boleh Tambah Caruman KWSP, Bantu Rakyat Keluarkan i-Sinar, i-Lestari

Kerajaan boleh menambah semula caruman wang KWSP yang telah dikeluarkan rakyat menerusi i-Sinar dan i-Lestari apabila ekonomi negara pulih kelak. Pengurus Pembangunan Perniagaan, Putra Business School PBS, Universiti Putra Malaysia (UPM) Professor Madya Dr Ahmed […]

Hiburan Tue, 7 Oct 2025

Ieda Moin Kongsi Detik Hampir Terlibat Dalam Hubungan Songsang Ketika Remaja – “Syukur Ramai Rakan Artis Nasihat”

Ieda Moin menjelaskan perkara tersebut timbul akibat pergaulannya dengan pelbagai individu daripada latar belakang berbeza

Featured Wed, 31 Jan 2024
error: Content is protected !!