Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 8, 2025 @ 8:07pm

Tur SAMA SAMA Singgah Malaysia… Tulus, Kunto Aji, Dere, Sal Priadi & Idgitaf Bakal Gegar Idea Live Arena 5 Disember Ini!

Lima pemuzik popular Indonesia bakal bersatu di pentas Idea Live Arena, Kuala Lumpur menerusi Tur SAMA SAMA pada 5 Disember ini.

Konsert ini merupakan kesinambungan daripada siri jelajah yang pernah berlangsung di empat kota utama Indonesia sebelum ini dan kini menjadikan Malaysia sebagai destinasi kelima.

Ketika menutup persembahan terakhir di Bogor pada Mei lalu, Tulus mengumumkan berita gembira bahawa mereka akan membawa persembahan tersebut ke Malaysia, sekali gus menunaikan janji kepada peminat.

Tur SAMA SAMA menghimpunkan lima nama besar muzik Nusantara iaitu Tulus, Kunto Aji, Dere, Sal Priadi dan Idgitaf yang terkenal dengan karya unik serta gaya persembahan tersendiri.

Menurut penganjur bersama, Thrive, Expoindo dan Tiga Dua Satu, konsert ini adalah hasil usaha merealisasikan janji lima pemuzik tersebut untuk bertemu peminat di luar Indonesia.

“Kami berasa teruja kerana akhirnya impian untuk membawa Tur SAMA SAMA ke Malaysia menjadi kenyataan selepas melihat sambutan luar biasa di Indonesia,” kata Udzir Harris mewakili Thrive.

Sementara itu, Bram Tulong dari Expoindo menyifatkan kolaborasi ini sebagai satu konsep istimewa yang menonjolkan kekuatan setiap artis dalam format persembahan yang jarang dilihat.

Sal Priadi turut berkongsi rasa tidak sabar untuk mempersembahkan sesuatu yang berbeza kepada penonton Malaysia.

“Kami akan tampil dengan format dinamik, daripada solo hingga persembahan beramai-ramai. Ia pengalaman baharu yang kami hasilkan khas untuk tur ini,” katanya.

Tiket pra-jualan untuk Tur SAMA SAMA mula dijual sejak 29 September 2025 dan akan dilanjutkan sehingga 2 November atas permintaan ramai.

Harga tiket bermula dari RM228 dengan 11 kategori berbeza, termasuk Bronze, Crystal, Silver, Diamond, Gold, Platinum, Ruby, Sapphire, Emerald, Emerald Extra dan Group Suite. Tiket boleh dibeli melalui BBO Events dan samasamatur.com.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 17 Sep 2019

Kejutan Yuna! Dari Pentas Nyanyian Ke Pentas Peragaan

Apakah Yuna bakal sehebat Kendal Jenner?

Trending Fri, 9 Oct 2020
Hiburan Tue, 23 Jul 2024
Hiburan Wed, 15 Mar 2023
Hiburan Sun, 11 Aug 2019

Idayu Keluar Single Terbaru

Goodluck Idayu!

Hiburan Wed, 10 Jun 2026

“Jangan Rendahkan Nilai Mereka” – Yuna Tegur Syarikat Besar Tawar Bayaran Separuh Harga Kepada Artis

Yuna meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan sesetengah pihak yang hanya menawarkan separuh daripada kadar bayaran yang diminta artis.

Hiburan Tue, 11 Feb 2025

Baru Berusia 6 Bulan, Anak Bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah Meninggal Dunia

Anak bongsu Zaquan Adha Ayu Raudhah dilahirkan pada Ogos tahun lalu

error: Content is protected !!