Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain January 3, 2023 @ 11:34am

Bakal Leraikan Isu Satu Persatu, Syamsul Yusof Nekad Ingin Akhiri Kemelut Rumah Tangga – “Saya Harap Semua Bersabar”

Hampir setengah tahun kemelut rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana menjadi bualan ramai selepas dipercayai diganggu oleh pihak ketiga iaitu Ira Kazar.

Akhirnya, Syamsul tampil membuka mulut dan menyatakan dirinya bakal meleraikan satu persatu isu yang berlaku menerusi sebuah hantaran di Instagramnya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, pengarah filem itu menyatakan dia akur apabila kisah peribadinya mula menjadi perhatian ramai dan redha akan takdir hidupnya.

“Assalamualaikum semua, harap semua sihat kepada semua yang mengenali, meminati saya dan filem saya ataupun sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan kerjaya saya, filem-filem saya mahupun hal peribadi saya.

“Saya tak tahu nak mula dari mana. Tapi apa pun saya sedar kehidupan sebagai seorang selebriti membuatkan semua orang akan terus menjadi perhatian terhadap tingkah laku kita, tindak tanduk kita. Apatah lagi saya yang dilahirkan dalam keluarga seni.

“Segala-galanya menjadi perhatian dalam kehidupan saya. Sekiranya ditakdirkan sebegitu dalam kehidupan saya, saya redha,” katanya.

Menurut Syamsul, sudah tiba masanya untuk dirinya meletakkan noktah terhadap segala isu yang berlaku sepanjang beberapa bulan isu ini berlaku.

Namun, Syamsul memilih untuk membuat pendedahan tersebut dengan cara yang berbeza berbanding isterinya, Puteri Sarah tanpa membuka sebarang aib mana-mana pihak yang terlibat.

“Saya rasa sudah sampai masanya untuk saya bersuara. Saya diam selama ni kerana itu hal rumah tangga takkan nak share dekat orang. Tak manis kita share kat orang luar. Tapi, it’s about time untuk saya bersuara tentang perkara ini.

“Saya pun dah penat dan saya percaya netizen pun dah letih. Tapi apa yang bezanya di sini walaupun saya membuka mulut dan bersuara, berbezanya saya dan isteri saya, saya tidah mahu ikut cara isteri saya.

“Saya tidak mahu membuka aib ataupun pekung mana-mana pihak baik isteri saya atau pun siapa saja  kerana saya rasa itu sesuatu yang tak wajar,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dua-Dua Toksik, Hipokrit.. Soroklah Selagi Boleh, Penipu!” – Puteri Sarah Berang, Tekad Mahu Bongkar Semua Tahun Depan

Selepas menerima pelbagai tohmahan sepanjang pergolakan rumah tangga itu berlaku, Syamsul mengakui dirinya agak terkesan, bahkan sehingga mengganggu tidur dan fokusnya untuk berkarya.

Namun, dia juga sempat berterima kasih kepada mereka yang sentiasa memberikan sokongan dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

“Saya juga manusia. Saya terimalah apa yang netizen yang melemparkan tuduhan atau pun hina, caci saya. Takpelah saya terima dengan hati yang terbuka.

“Saya terima itu semua kerana yang paling penting dalam hidup saya kedua ibu bapa saya, keluarga, anak dan mereka yang mencari rezeki di bawah saya melalui filem-filem yang saya hasilkan.

“Tak tahu nak cakaplah, terlalu banyak isu. Tapi isu utamanya adakah saya berkahwin lagi? isu saya saman JAWI. Insha Allah, dalam masa terdekat saya akan menjawab dan leraikan satu persatu kepada umum,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAIN: Puteri Sarah Dedah ‘Penyondol’ Mengaku Ada Hubungan Dengan Suami Sehari Sebelum Bersalin Anak Ke-2, Individu Lain Pula Dakwa Mereka Dah Kahwin

Dalam pada itu, Syamsul juga berharap agar orang ramai dapat memberikan dia sedikit masa untuk meletakkan noktah terhadap kemelut yang dialaminya kini.

“Mungkin ramai yang ingat saya akan bercakap banyak menerusi video ni. Tapi berikan saya sedikit masa. Percayalah dalam masa terdekat ni saya akan memberikan noktah terhadap semua ini. InshaAllah

“Saya harap semua bersabar dan saya doakan yang baik-baik semestinya kepada kedua ibu bapa saya, anak-anak saya yang saya sayangi, isteri saya yang masih isteri saya dan kepada semua yang mengenali diri saya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Pendedahan tersebut turut menerima pelbagai respons dari pengikutnya yang rata-ratanya mendoakan agar urusannya untuk menyelesaikan masalah rumah tangganya dipermudahkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof Nak Saman JAWI RM10 Juta, Puteri Sarah Desak Minta Jujur – “Kebenaran Akan Terbongkar!”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kasihan Isteri Baru, Kahwin Tiada Majlis… Macam ‘Cowboy’” – Puteri Sarah

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah Dedah Syamsul Yusof, Ira Kaza Nikah Di Thailand?

ARTIKEL BERKAITAN: Tular Video Gelak Ketawa Sehingga Didakwa Meroyan, Puteri Sarah Tampil Bidas Netizen – “Ini Hak Saya, Korang Diam Lebih Baik”

ARTIKEL BERKAITAN: “Puteri Sarah Permaisuri Hati Syamsul, Perkahwinan Direstui Keluarga Sepenuhnya” – Luahan Hati Patimah, Netizen Minta Ira Kazar Undur Diri

ARTIKEL BERKAITAN: “Belah Sana Minta Macam-Macam, Funny! Maruah Tak Ada Sebab Duit” – Puteri Sarah Respons Dakwaan Mahu Harta Suami

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Jan 2025

Manis Berhijab, Fasha Sandha Mohon Doakan Yang Terbaik – “Saya Belum Cukup Bagus Untuk Cakap Bab Keagamaan”

“Pada saya, banyak lagi kelemahan yang harus saya perbaiki’ – Fasha Sandha

Hiburan Sat, 3 Nov 2018

#ASK2018: Selesa Gandingan Dengan Syafiq Kyle, Amyra Tak Sabar Tunggu Nur 2

Bukan Amyra je tak sabar, kami pun dah tak sabar nak tengok sambungan kisah Ustaz Adam & Nur dalam Nur 2.

Trending Sun, 7 Apr 2019

Gambar Seorang Wanita Berbaring Di Atas Kubur, Ada Cerita Di Sebaliknya

Lebih sayu, wanita itu baring di atas tanah kubur yang kelihatan basah tanpa beralaskan kain.

Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Trending Mon, 26 Jul 2021

Ganti Mira Filzah Jadi Pengacara Nona, Amyra Rosli Sedia Berdepan Kritikan Netizen – “Saya Dah Siapkan 101 Percent!”

Pelakon Amyra Rosli mengakui terkejut apabila dipilih untuk menerajui program Nona sebagai hos menggantikan aktres Mira Filzah. Optimis dan menerima rezeki ini dengan penuh kesyukuran, isteri kepada pelakon Amar Baharin ini menganggap tawaran yang datang […]

Trending Mon, 5 Nov 2018

Pencuri Pulang 28 Biji Kerusi Dicuri Tak Sampai 24 Jam Video Tular

“Tarik Balik Gambar Diviralkan,” Pencuri Pulang 28 Biji Kerusi Dicuri Tak Sampai 24 Jam Video Tular

Featured Wed, 8 Mar 2023
Featured Wed, 3 Aug 2022

“Saya Tiada Masalah, Dia Sememangnya…” – Melodi Ganti Pengacara, Nabila Huda Nafi Cemburukan Ain Edruce

“Saya percaya Ain boleh menyerlah dengan mengendalikan program Melodi” – Nabila Huda

error: Content is protected !!