Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 30, 2025 @ 10:09pm

Isu Duit Jualan Kereta Dicuri, Syarikat Diarah Bayar RM60,000 Pada PU Riz

Pendakwah  bebas popular, yang juga suami kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa iaitu  PU Riz bersyukur selepas isu duit hasil jualan kereta Toyota Vellfire miliknya berjumlah RM80,000 telahpun selesai.

Memetik laporan mStar, kes diselesaikan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas salah seorang kakitangan syarikat terbabit didakwa melarikan hasil jualan tersebut.

Kata PU Riz atau nama lengkapnya, Harris Ismail, kejadian berlaku pada tahun 2016 ketiak dia menjua kenderaan tersebut dengan harga RM180,000.

“Syarikat itu setuju membeli kereta saya dengan harga pasaran RM180,000 pada ketika itu.

“Selepas tolak baki bayaran RM100,000 pihak syarikat tersebut sepatutnya menterahkan RM80,000 kepada saya. Tapi resit sudah diberikan namun baki pula yang dilarikan.

“Jadi saya failkan kes dan alhamdulillah kes pun telah selesai,” katanya kepada pemberita.

Namun, pihak syarikat bersetuju dengan cadangan membayar RM60,000 dalam tempoh tiga bulan.

“Pihak syarikat selaku defendan bersetuju untuk membuat pembayaran penyelesaian sebanyak RM60,000 dalam tempoh tiga bulan,” jelasnya.

Dalam pada itu, PU Riz yang diwakili peguam Wan Amir Akram Zainal Abdin dan Elly Jasmin Aminuddin dari firma guaman, Tetuan Amir & Elly Associates menasihatkan agar orang ramai berhati-hati dalam proses jual beli suapay tidak mudah ditipu.

“Apa yang berlaku, saya harap menjadi pengajaran buat semua.

“Jangan mudah percaya pada pihak yang tidak dikenali,” ujarnya.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 1 Oct 2024
Trending Wed, 4 Dec 2019

Julian Yee, Farah Ann, and 8 More Athletes Who Won Gold Medals At The 2019 SEA Games

Malaysia has picked up 11 gold, three silver, and 10 bronze medals within two days of the games.

Eat Travel Sat, 30 May 2020
Trending Wed, 4 Jul 2018

Kes Dana 1MDB, Anak Tiri Najib Razak Ke SPRM Lagi

Terdapat dakwaan bahawa dana dari 1MDB digunakan untuk membiayai beberapa filem Hollywood di bawah syarikat miliknya.

Hiburan Sat, 28 Oct 2023
Trending Wed, 9 May 2018

#PRU14 : Al-Fatihah, Meninggal Dunia Sewaktu Mengundi

Temu ajal sewaktu beratur untuk mengundi . Salam Takziah buat kami

Hiburan Tue, 11 Jul 2023
error: Content is protected !!