Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 1, 2025 @ 6:02pm

Syed Saddiq Akui Sedia Tamat Zaman Bujang, Pilih Untuk Kekal Berahsia

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya membuka mulut soal jodoh yang mengakui kini sudah bersedia menamatkan zaman bujang.

Menerusi program Interviu: Apa Rencana Syed Saddiq Selepas Ini?, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata dia lebih selesa merahsiakan kehidupan peribadi buat masa ini.

“Tipulah kalau saya kata nak kekal bujang sampai bila-bila. Memang ada niat ke arah itu, tapi proses membina rumah tangga bukan semudah yang disangka. Ia melibatkan pasangan, keluarga dan banyak perkara yang perlu dihormati,” katanya.

Mengulas lebih lanjut,  Saddiq akui lebih senang untuk tidak terlalu berkongsi hal peribadi yang turut melibatkan individu lain, meskipun terbuka dalam banyak perkara terutama berkaitan politik.

“Kalau bab politik, saya tak ada masalah nak jawab. Tapi bila masuk hal peribadi yang bukan sekadar libatkan saya, malah orang lain termasuk keluarga… saya lebih selesa simpan dulu.

“Biarlah hal peribadi kekal peribadi, sampai masa nanti saya akan umumkan kepada semua,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Nilai Murni Lebih Penting Dari Rupa” – Syed Saddiq Dedah Ciri Wanita Idaman, Akui Hati Sudah Dimiliki

@sinarharianonline

Saya tak sangka soalan ini ditanya – Syed Saddiq Ketika ditanya tentang perancangan untuk mendirikan rumah tangga, Syed Saddiq berkata memang ada niat ke arah itu, namun dalam proses ke sana, ada privasi yang perlu dihormati. Ahli Parlimen Muar itu berkata, sementara itu biarlah kehidupan peribadinya kekal peribadi sehinggalah tiba masanya untuk diumumkan kepada semua. Dapatkan video penuh Interviu, Apa rencana Syed Saddiq selepas ini? di semua platform digital Sinar Harian! Interviu SinarHarian SyedSaddiq ArmadaBersatu AhliParlimenMuar #johordarultakzim

♬ original sound – Sinar Harian – Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 11 Mar 2026

Masuk Tahun Ketiga Anak Sulung Puasa Penuh, Scha Alyahya Kongsi Lara Alana Teruja Sambut Ramadan

Scha Alyahya berkongsi keterujaan melihat anak Lara Alana semakin seronok menjalani ibadah puasa setiap kali Ramadan tiba.

Trending Sun, 17 Apr 2022
Hiburan Mon, 27 Jan 2025

Rumah Bersepah Seperti Hutan, Barang Bertimbun Angkara Princess Suzie, Pemilik Dakwa Rugi RM33,000!

Princess Suzie didakwa tak bayar sewa, rumah sewa bertimbun seperti hutan

Hiburan Tue, 29 Oct 2019

Pernah Cuba Bunuh Diri…Siapa Sangka Selebriti Cantik Ini Rupanya Berdepan Masalah Bipolar!

Untuk netizen di luar sana, hati-hati dengan apa yang anda tulis. Penulisan kalian mungkin memudaratkan fikiran orang lain. Ingat tu!

Hiburan Tue, 19 Nov 2019

Adira Dan Dato’ Red Buang Yang Keruh Demi Anak-Anak?

Alhamdullillah…semoga semuanya berakhir dengan kesudahan yang baik.

Hiburan Fri, 8 Aug 2025

Isu Buli Siber, Gangguan S*ksual… Sophia Albarakbah Buat Laporan Polis

Sophia Albarakbah menjadi mangsa serangan digital dan buli siber secara berlebihan.

error: Content is protected !!