Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 1, 2025 @ 6:31pm

Azza Elite Segan Borak Dengan Yusry – “Dia Suami Orang, Saya Hormat Lisa”

Anggota kumpulan Elite, Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, mengakui dia berasa segan untuk berbual dengan penyanyi dan komposer terkenal, Datuk Yusry Abdul Halim.

Menerusi perkongsian di akaun Threads miliknya, Azza mendedahkan dia berasa kekok untuk berbual dengan Yusry yang disifatkan sebagai seorang yang sangat pendiam.

“Kalau nak borak dengan Abang Yusry atau Datuk Yusry memang segan sebab beliau pendiam. Nak tanya ‘abang nak gambar boleh?’ pun memang tak terkeluar… segan.

“Kalau tak ada apa nak cakap memang tidaklah bercakap,” tulisnya.

Dalam masa sama, Azza turut menegaskan dia sangat menjaga batas ketika berinteraksi dengan Yusry atas rasa hormat terhadap isteri penyanyi itu, pelakon jelita Datin Lisa Surihani.

“Lagi pun menghormati isterinya, Datin Lisa. Kita pun tak gemar orang cakap dengan suami kita. Oleh itu, jangan suka-suki cakap dengan suami orang… walaupun beliau bos kita,” katanya.

Bagaimanapun, Azza tetap menzahirkan penghargaan kepada Yusry yang banyak membimbingnya ketika sesi nyanyian, termasuk berduet dalam satu bahagian lagu.

“Apa pun, Datuk Yusry, terima kasih ajar saya menyanyi untuk part saya. Dah la duet sekali,” tulisnya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Jun 2023
Featured Tue, 7 Jun 2022
Trending Thu, 16 May 2019

Jadi Imam Dari Usia 13 Tahun, Bakal Doktor Ketuai Imam Solat Terawih Buat Netizen Kagum

Hebat! Bakal doktor umur 24 tahun ini viral jadi imam solat Terawih

Featured Fri, 22 Feb 2019
Featured Fri, 12 May 2023
Featured Thu, 21 Aug 2025
Hiburan Thu, 31 May 2018

Jangan Bimbang Keadaan Saya

Kali terakhir kelibat Melania dilihat dalam khalayak ramai, ialah pada 10 Mei lalu, ketika beliau menemani suaminya, Presiden Donald Trump untuk menyambut kepulangan tiga warga Amerika Syarikat yang ditahan di Korea Utara, di pangkalan tentera udara Andrews di Maryland.

Hiburan Sun, 3 Jun 2018

Adik Fatihia Latiff Mendapat Pujian ‘Beauty With Brain’

Adik-beradik pelakon Fathia Latiff sememangnya cantik-cantik belaka. Baru-baru ini, foto graduasi adik Fathia iaitu Fasiha Latiff menjadi perhatian ramai di media sosial. Mana tidaknya, gadis cantik ini baru saja menamatkan pengajian di Trinity College dan kini bergelar doktor muda […]

Featured Fri, 28 Feb 2025

Along Cham Tekad, Mengaku Tidak Bersalah Atas Pertuduhan Kes Dadah

Along nekad mengaku tak bersalah atas pertuduhan kes dadah

error: Content is protected !!