Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 2, 2025 @ 6:49pm

Elisya Sandha Hampir Alami Kemurungan, Tempat Pembedahan C-Section Luka & Dijangkiti Kuman Ketika Berpantang

Pelakon, Elisya Sandha mengakui melalui tempoh berpantang yang cukup mencabar selepas melahirkan cahaya mata kedua apabila mengalami komplikasi pada luka pembedahan Caesarean (C-Section), hanya dua minggu selepas bersalin.

Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan, 26, berkata, keadaan itu memberi kesan besar kepada kesihatannya sehingga menyebabkan dirinya hampir kemurungan kerana tidak mampu bergerak seperti biasa.

“Saya baru saja habis pantang semalam (Isnin), genap 44 hari. Terus terang, tempoh berpantang kali ini sangat mencabar dan menyedihkan. Banyak perkara berlaku, paling menjejaskan emosi saya adalah luka pembedahan C-section dijangkiti kuman.

“Duduk tak kena, baring pun tak kena, berjalan lagi tak kena… semuanya serba tak kena. Keadaan itu buatkan saya sangat tertekan dan hilang semangat.

“Hujung-hujung pantang barulah saya rasa sedikit pulih dan kembali bertenaga. Kalau tidak, memang rasa macam nak murung,” katanya ketika ditemui pada tayangan perdana filem Citra Apartment di GSC IOI Mall Damansara pada Selasa.

Adik kepada pelakon terkenal, Fasha Sandha ini juga memilih untuk tidak berkongsi situasi tersebut dengan ibu dan ibu mentuanya, penerbit dan pelakon terkenal Shiela Rusly kerana tidak mahu menambah kerisauan mereka.

“Saya sedih sebab pergerakan terbatas. Lagipun, sekarang dah ada dua orang anak, tanggungjawab pun berganda. Saya tak nak mak dan mak mentua risau, jadi saya tak beritahu mereka. Cuma suami saja yang tahu sebab dia sentiasa ada di sisi, tengok keadaan saya setiap hari,” ujarnya.

Dalam pada itu, Elisya turut meluahkan rasa syukur kerana sentiasa menerima sokongan padu daripada suami tercinta, Uzair Haqimy Azman, yang banyak membantunya melalui fasa sukar itu.

“Sokongan suami memang sangat kuat. Bila tengok muka anak-anak, terus hilang rasa sakit dan letih. Saya juga bersyukur kerana orang sekeliling banyak beri sokongan moral,” katanya.

Terdahulu, Elisya selamat melahirkan cahaya mata kedua diberi nama Bahtera Elhaq pada Mei lalu. Pasangan itu turut dikurniakan seorang anak perempuan, Bunga Elhaq, yang kini berusia tiga tahun.

Untuk rekod, Elisya dan Uzair mendirikan rumah tangga pada Ogos 2021.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 9 Jan 2018

BINTANG BERSAMA BINTANG KEMBALI MENYINAR!

Kepada Semua peminat Ajak, Issey, Shuk, Achey, Mark Adam, dan Abam, jangan lupa untuk menyaksikan Bintang Bersama Bintang 2018 pada setiap hari Ahad, jam 10 malam hanya di TV3. Dan, jangan lupa untuk layari laman web rasmi BBB 2018 di portal xtra.com.my/BBB2018

Hiburan Wed, 31 Dec 2025

“Cukup Sampai Sini Kerjasama Dengan Pihak Tak Bertanggungjawab” – Firdaus Nadxaman Niat Nak Bantu Artis Veteran, Tapi….

Penerbit, pelakon & usahawan, Datuk Firdaus Nadxaman berkongsi pengalaman kurang menyenangkan membabitkan segelintir artis veteran yang dianggap tidak bertanggungjawab.

Hiburan Wed, 5 Jul 2023
Hiburan Wed, 2 Oct 2019
Featured Thu, 3 Aug 2023

Kelakarnya! Terpegun Tengok Beza Ketinggian Hael Husaini & Nadhir Nasar, Netizen Komen: “Budak Sekarang Banyak Makan Hati Bang!”

Penyanyi popular, Hael Husaini mencuri perhatian selepas berkongsi sepotong video pendek menerusi akaun TikTok miliknya ketika hadir pada majlis fesyen jenama terkenal antarabangsa, Balenciaga baru-baru ini. Menerusi perkongsian tersebut, Hael kelihatan berjabat tangan bersama pelakon […]

Hiburan Wed, 9 Oct 2019

Adira Akhirnya Mengaku Failkan Penceraian

Semoga dapat diselesaikan secara baik ya?

Featured Sat, 6 Jul 2024
Featured Fri, 5 Aug 2022
error: Content is protected !!