Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 4, 2025 @ 3:50pm

“Bila Kahwin Kita Bukan Hanya Jadi Isteri Atau Suami, Tetapi…” – Neelofa Kongsi Perspektif Rumah Tangga

Selebriti terkenal, Noor Neelofa berkongsi sedikit ilmu berkenaan kehidupan berumah tangga dan peranan yang harus dipikul sebagai seorang suami mahupun isteri.

Kongsi Neelofa, perkahwinan adalah medan latihan paling konsisten dan paling jujur untuk  mengasah akhlak emosi, nafsu dan tanggung jawab.

“Bila kita kahwin, kita bukan sekadar jadi ‘isteri orang’ atau ‘suami orang’.

“Kita masuk dalam satu sistem tarbiah yang Allah sendiri cipta untuk mendidik nafsu, membentuk sabar, dan melatih kita hidup dalam disiplin agama setiap hari.

“Ini bukan latihan seminggu. Ini hari-hari, seumur hidup. Dan semuanya ialah latihan agama, bukan beban dunia.

“Sebab perkahwinan ialah medan latihan paling konsisten, paling real, dan paling jujur untuk asah akhlak, emosi, nafsu dan tanggungjawab,” katanya.

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini menjelaskan, perkahwinan  bukan untuk berseronok tetapi jalan untuk menuju syurga bersama-sama.

“Sebab tu Nabi tak bagi nikah sekadar seronok. Tapi sebagai jalan untuk syurga berdua. Dan jalan itu hanya nampak bila kita letak taqwa di depan, bukan nafsu.

“Perkahwinan ni ajar kita tundukkan kehendak demi tanggungjawab.

“Perkahwinan bukan tempat kita dapat apa kita nak tapi tempat Allah uji adakah kita sanggup beri apa yang pasangan perlu,” jelasnya.

Perkara itu dikongsi Neelofa menerusi hantaran di ruangan Instagram Stroy miliknya pada Khamis.

Sekadar info, Neelofa kini sedang sibuk membuat persiapan untuk sebuah acara yang iaitu, ‘Marriage With Ihsan’ yang akan didakan di MATRADE, Kuala Lumpur tidak lama lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 27 Feb 2018

Kenapa Dazrin Tak Laku?

“Saya masih aktif berlakon cuma berehat sebentar untuk memberi tumpuan kepada isteri yang sedang sarat dan perniagaan.” – Dazrin.

Trending Mon, 24 Jul 2023
Hiburan Fri, 25 Jan 2019

Terima Kasih Kerana Sudi Membantu Saya !

Te“SAYA terfikir juga, apa yang saya sudah buat sampai orang sanggup nak derma buah pinggang mereka?

Hiburan Wed, 29 Aug 2018

Rakan Dedah Perubahan ‘Pelik’ Mel B Selepas Cerai

engambilan arak untuk melupakan masalah mungkin difikirkan mampu melupakan masalah, tetapi Mel B perlu tahu rakan-rakannya cukup risau dengan keadaan wanita itu.

Trending Fri, 27 Oct 2023
Hiburan Fri, 21 Sep 2018

#ABPBH31: Sokongan Peminat Buat Syafie Bersemangat

Alhamdulillah, jika rezeki tertulis untuk saya berada dalam Top 5. Memiliki peminat yang menyokong kerjaya seni tanpa henti sudah membuatkan saya bersyukur.

Hiburan Wed, 8 Oct 2025
Hiburan Mon, 7 Jan 2019

Ayuh Dapatkan Tiket AJL 33 Bermula Hari Ini!

Jom layari www.myticket.asia untuk dapatkan tiket menyaksikan AJL ke 33.

error: Content is protected !!