Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 5, 2025 @ 3:39pm

Seminggu ‘Overthinking’ Menjelang Tayangan Perdana, Arfie Shah Gementar Nantikan Impak Maksima 2

Menyertai sekuel filem Impak Maksima 2 sebagai pelakon utama nyata memberi tekanan tersendiri buat pelakon baharu berbakat, Arfie Shah.

Menurut bintang drama bersiri Nuh dan Nayla ini, emosinya sedikit terganggu menjelang tayangan perdana filem tersebut dan ia terjadi selama seminggu.

Luah pemilik nama sebenar Ad Wafri Shaharuddin, 32, itu, dia sukar mengawal rasa risau dan bimbang mengenai penerimaan penonton terhadap lakonannya, meskipun cuba menyembunyikan perasaan itu daripada pengetahuan orang sekeliling.

“Seminggu sebelum tayangan perdana filem ini, saya sudah rasa sangat gementar. Setiap hari asyik fikirkan filem ini, tetapi tidak tunjukkan kepada orang lain. Saya seorang yang ‘overthinking’ dan asyik berfikir.

“Sejujurnya, sejak awal terima tawaran pun saya rasa ia satu cabaran besar. Satu tekanan sebagai pelakon baru dan bukan mudah untuk digalas. Lagipun membawa watak utama, harapan orang pasti tinggi,”
katanya kepada XTRA.

Arfie ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Impak Maksima 2 yang berlangsung di Mid Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Filem arahan sutradara profilik Dr Ahmad Idham yang pernah mencipta fenomena pada tahun 2007 kini kembali dengan kesinambungan cerita selepas 18 tahun.

Lega selepas menonton hasil akhir filem terbabit, Arfie berharap ia dapat mengajak peminat filem pertama serta menarik hati peminat baharu untuk menyaksikan Impak Maksima 2 di pawagam.

“Selepas filem ini selesai disunting, ini merupakan kali pertama saya menonton produk akhir. Sejujurnya, saya rasa sedikit lega dan ia mengurangkan rasa tekanan yang saya fikirkan sejak seminggu lalu.

“Filem pertama sukses dan sudah 18 tahun ditayangkan. Untuk membawa filem ini ke 18 tahun akan datang, bukan satu perkara mudah. Namun selepas menonton saya yakin pengarah berjaya membawa kembali sentuhan tersendiri yang pernah dibuat sebelum ini.

“Namun dalam hidup ini semuanya bergantung kepada rezeki. Saya hanya mampu berdoa agar ia mendapat sambutan baik penonton. Semoga peminat filem pertama dapat hadir menyokong Impak Maksima 2 dan saya juga berharap ia dapat menarik peminat baharu,” katanya lagi.


Selain Arfie, Impak Maksima 2 turut menampilkan barisan pelakon seperti Nelissa Nizam, Datuk Seri Eizlan Yusof, Zul Huzaimy, Dynas Mokhtar, Fad Bocey, Muhsin Nadzli dan ramai lagi. Filem ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 17 Julai 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 25 Sep 2023
Hiburan Thu, 24 May 2018

Hamil Anak Kedua, Lana Nodin Idam Anak Lelaki

Saya harap kali ini dapat anak lelaki… Barulah jadi sepasang. Mana tahu dapat anak berwajah macam suami pula. Insya-Allah kalau tiada aral melintang saya akan melahirkan anak kedua ini pada Disember depan. Tahniah Lana, semoga semuanya dipermudahkan Allah swt…

Trending Tue, 25 Jun 2024
Featured Mon, 8 Jun 2026

Rai Perjalanan Seni Sempena 3 Dekad, Ungu Pertaruh Marsha Milan Di Konsert 3 Darsawarsa: Special Night In Kuala Lumpur

Menurut anggota Ungu, pemilihan Marsha dibuat sendiri oleh mereka kerana Ungu percaya penyanyi itu memiliki kekuatan vokal serta penghayatan emosi yang mampu melengkapi atmosfera persembahan ulang tahun ke-30 tersebut.

Trending Tue, 20 Mar 2018

Lelaki Tembak MH17 Bunuh Diri?

Polis Mykolaiv dalam satu kenyataan di Facebook, menyifatkan insiden itu sebagai kes bunuh diri tetapi menyiasat kemungkinan ia satu “pembunuhan dirancang”.

Trending Thu, 5 Aug 2021
Trending Mon, 26 Nov 2018

Teman Lelaki Lamar Dalam Stadium, Bertuah Sungguh Shinna!

“Jom Kahwin Saya Shinna” menjadi bualan antara sosial media platform dimana siapakah gadis bertuah ini

Hiburan Sun, 30 Nov 2025

“Kalau Menghentam Dapat Gembirakan Mereka, Alhamdulillah” – Video Jadi Pertikaian, Que Haidar Tak Ambil Kisah… Diserbu Peminat Gara-Gara ‘Jamilah’!

“Ramai sebenarnya buat perkara sama, tapi bila saya yang buat terus dianggap salah.” – Que Haidar

error: Content is protected !!