Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 8, 2026 @ 1:13pm

Rai Perjalanan Seni Sempena 3 Dekad, Ungu Pertaruh Marsha Milan Di Konsert 3 Darsawarsa: Special Night In Kuala Lumpur

Bahang menjelang konsert Ungu 3 Dasawarsa: Special Night in Kuala Lumpur semakin dirasai apabila kumpulan legenda Indonesia, Ungu,  kini telah bersedia untuk meraikan perjalanan seni mereka selama tiga dekad bersama peminat di Malaysia dalam sebuah malam yang dijangka penuh emosi, nostalgia dan kejutan istimewa.

Selepas mencipta pelbagai momen bermakna menerusi lagu-lagu popular mereka seperti Demi Waktu, Tercipta Untukku, Seperti Yang Dulu dan Cinta Dalam Hati, Ungu kini bakal membawa himpunan karya terbaik mereka ke pentas Idea Live Arena pada 5 September 2026 menerusi sebuah persembahan yang disifatkan sebagai paling peribadi buat mereka.

Lebih menarik, penyanyi popular tanah air, Marsha Milan juga telah dipilih oleh Ungu untuk sebagai artis jemputan khas mereka pada konsert berkenaan.

Menurut anggota Ungu, pemilihan Marsha dibuat sendiri oleh mereka kerana Ungu percaya penyanyi itu memiliki kekuatan vokal serta penghayatan emosi yang mampu melengkapi atmosfera persembahan ulang tahun ke-30 tersebut.

“Marsha mempunyai suara yang emosional dengan karakter yang kuat ketika menyampaikan lagu. Kami percaya dia mampu membawa energi untuk malam ini.

“Kami benar-benar teruja untuk berkongsi pentas bersama Marsha di Kuala Lumpur dan tidak sabar untuk mencipta momen yang indah bersama peminat Malaysia,” kata Ungu.

Dalam pada itu, konsert berkenaan bakal membawa penonton menyelusuri perjalanan seni Ungu menerusi tiga segmen utama iaitu The Birth, The Peak dan The Legacy.

Setiap segmen akan dipersembahkan dengan elemen penceritaan, visual dan susunan muzik yang dirancang secara teliti bagi menghidupkan kembali perjalanan kumpulan itu daripada era awal kemunculan sehingga menjadi antara kumpulan paling berpengaruh di rantau ini.

Sementara itu, Pengarah Konsert, Zairul Addry Helmy berkata, objektif utama penganjuran konsert adalah untuk menghadirkan sebuah pengalaman yang lebih dekat dan bermakna buat peminat yang membesar dengan lagu-lagu Ungu.

“Sejak pengumuman konsert ini dibuat, kami menerima reaksi yang sangat luar biasa daripada peminat. Keterujaan itu semakin terasa dari semasa ke semasa dan kami sendiri tidak sabar untuk menyaksikan malam tersebut menjadi kenyataan.

“Apa yang boleh kami katakan, ini bukan sekadar sebuah konsert biasa, tetapi sebuah malam yang meraikan muzik, kenangan dan hubungan istimewa antara Ungu dan peminat mereka di Malaysia.

“Apabila Ungu sendiri memilih Marsha sebagai artis jemputan, kami tahu kombinasi ini akan menjadi sesuatu yang sangat istimewa. Kami percaya penonton akan dapat menyaksikan sebuah kolaborasi yang bukan sahaja kuat dari segi vokal, tetapi juga penuh ‘chemistry’ dan emosi,” ujarnya.

Difahamkan, sambutan terhadap konsert berkenaan juga dilihat cukup memberangsangkan apabila jualan tiket setakat ini telah mencecah 50 peratus penjualan.

Untuk info, selain persembahan utama daripada Ungu dan Marsha, pihak penganjur turut memberi bayangan bahawa beberapa kejutan eksklusif lain akan diumumkan dalam masa terdekat bagi menambahkan lagi keterujaan peminat menjelang September nanti.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 21 Jun 2018

Restaurant Goes Bankrupt After Running All-You-Can-Eat Promo

The customers really tried to eat all they could.

Hiburan Mon, 4 Mar 2019

刘若英309来马开唱「顺道带孩子来吃喝玩乐」

刘若英3月9日来马举办巡回演唱,顺道带孩子来吃喝玩乐!

Featured Fri, 11 Nov 2022
Hiburan Sun, 1 Dec 2019

“Wanita Yang Susah Nak Cari,” – Roslan Shah Terharu Tindakan Fasha Sanggup Cuci Najis Ibu Walaupun Bukan Keluarga

Betapa mulianya insan bernama Fasha Sandha ni sehinggakan sanggup mencuci dan tukarkan lampin pakai buang ibu pengacara dan pelakon, Roslan Shah. Roslan Shah yang mesra disapa Cik Lan, menerusi Instagram miliknya awal pagi tadi, mendedahkan […]

Hiburan Sun, 4 Sep 2022

Selepas 7 Tahun Berkahwin, Nad Zainal Sah Bercerai

Nad Zainal sah bercerai dengan suami.

Featured Thu, 24 Jul 2025

Nora Ariffin Perjelas Isu Bayaran Royalti Tiada Kena Mengena Dengan Sheila Majid

Nora mahu menjadi ‘suara’ bagi anak-anak pengkarya muzik berdepan isu serupa.

Hiburan Mon, 12 Aug 2024
Trending Sat, 26 Oct 2019

Exclusive Behind The Scenes Into Resorts World Genting’s “Train To Busan” Horror House Experience

Take a closer look into the precision it took in curating world’s first-ever “Train To Busan” Horror House.

Eat Travel Tue, 21 Apr 2020

Resipi badak berendam unik Catrionna Brian Ross

Pupuk minat anak hargai kuih tradisional

error: Content is protected !!