Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 5, 2025 @ 3:51pm

Selepas 18 Tahun, Impak Maksima 2 Kembali Gegarkan Pawagam Dengan Aksi Lebih Padu

Selepas hampir dua dekad sejak kemunculan filem Impak Maksima yang mencetus fenomena dalam kalangan peminat filem aksi dan sukan permotoran, pengarah prolifik Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri kembali dengan kesinambungannya, Impak Maksima 2 yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 17 Julai 2025.

Kali ini, filem terbitan Screen Studio Sdn Bhd itu tampil dengan pendekatan lebih mendebarkan, bukan sahaja dari segi plot dan visual, malah melibatkan hampir 1,000 buah kereta pelbagai jenis, menjadikan ia antara produksi terbesar pernah dihasilkan dalam genre permotoran tempatan.

“Selepas 18 tahun, Impak Maksima 2 menjanjikan aksi lebih menggegarkan. Kami pastikan skala filem ini bukan saja lebih besar, tetapi turut mengangkat elemen perlumbaan jalanan dan drift ke satu tahap lebih sinematik,” kata Dr Ahmad Idham.

Barisan Pelakon Baharu dan Lama Bergabung

Menariknya, filem ini menggabungkan pelakon asal seperti Zul Huzaimy, Datuk Seri Eizlan Yusof, Dynas Mokhtar dan Riezman Khuzaimi, bersama pelakon generasi baharu yang sedang meningkat naik seperti Arfie Shah, Nelissa Nizam, Muhsin Nadzli, Fad Bocey, Riena Amirah dan Man Raja Lawak.

Penggambaran pula berlangsung di beberapa lokasi strategik termasuk sekitar Lembah Klang, Iskandar Puteri, Johor Bahru dan Melaka Bandaraya Bersejarah, menjadikan lanskap filem ini lebih bertenaga dan realistik.

“Cabaran utama kami adalah menghasilkan filem yang bukan sekadar setanding dengan filem pertama, tapi lebih memukau dari segi naratif, aksi dan visual. Syukur, Impak Maksima 2 telah menjadi bualan di media sosial sebelum tayangan,” jelas Ahmad Idham lagi.

Sinopsis Ringkas Impak Maksima 2

Kisah Impak Maksima 2 berkisar tentang Rudy (lakonan Arfie Shah), pemuda Johor Bahru yang sering terlibat dalam lumba haram dan akhirnya dihantar untuk bekerja di pusat permotoran milik Abang Joe (Datuk Seri Eizlan Yusof) sebagai langkah pemulihan.

Bermula sebagai pembantu am, Rudy mula menemui inspirasi dan semangat baharu melalui pertemuannya dengan komuniti drift profesional termasuk Johan, Naim, Puteri dan pelumba elit Rio (Muhsin Nadzli).

Namun konflik tercetus apabila hubungan antara Rudy dan Gia (Nelissa Nizam), kekasih Rio, menimbulkan ketegangan.

Dalam pergelutan antara ego, dendam dan impian, muncul pula Ray (Zul Huzaimy) yang cuba memerangkap Rudy demi membalas dendam terhadap Abang Joe. Persaingan akhirnya membawa kepada satu perlumbaan besar dengan nasib pusat permotoran APDCREW dan masa depan Rudy sebagai taruhan.

“Kami berharap Impak Maksima 2 akan mendapat sokongan padu bukan sahaja daripada peminat filem aksi, tetapi juga penggemar dunia permotoran,” tambah Dr Ahmad Idham.

Impak Maksima 2 bakal ditayangkan di seluruh pawagam mulai 17 Julai 2025 dan dijangka mencetuskan gelombang baru dalam genre aksi automotif tempatan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Sep 2018

Watch YB Syed Saddiq Have a Friendly Debate Against Form 4 Students

Who could actually argue with such a charismatic man though?

Hiburan Tue, 3 Sep 2019
Hiburan Fri, 7 Mar 2025

“Kami Tak Pernah ‘Senarai Hitam’ Selebriti” – Fiziwoo Kekal Profesional

Fiziwoo menegaskan tidak pernah menyenarai hitam mana-mana selebriti yang terpalit dengan kontroversi

Featured Tue, 4 Nov 2025

Suprise Istimewa! Isteri Hadiah Motor Idaman Buat Achey

Kejutan itu dirancang oleh isteri tercinta dengan bantuan rakan-rakan serta ahli keluarga terdekat.

Hiburan Fri, 24 May 2024
Trending Mon, 28 Sep 2020
Trending Fri, 13 Jul 2018

Murderous Babysitter Pleads Not Guilty to Charges

Is she saying she is innocent after being caught red-handed like that?!

Featured Fri, 5 Apr 2024

“Cintailah Allah, Rumah Tangga Akan Selamat”- Ustaz Ahmad Dusuki Titip Pesanan, Minta Pasangan Berkahwin Jangan Sebar Aib Di Media Sosial

Mana yang baik ambil pengajaran dari sudut positif. Masing-masing ada pendapat sendiri bukan?😎

error: Content is protected !!