Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 8, 2025 @ 12:44pm

Uyaina Arshad Tegur Tindakan Netizen ‘Kaki Buli’ – “Behaviour Ni Accepted Ke Di Tahun 2025?”

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mencuri perhatian selepas berkongsi hantaran di media sosial miliknya.

Kata Uyaina, dia tidak percaya masih ada segelintir masyarakat yang masih suka membuli dan mengata.

Malah, dia memohon maaf sekiranya sepanjang tempoh 9 tahun penglibatannya dalam industri, masih ada individu yang tidak berpuas hati.

“This is what cyber bully looks like. And honestly, this is not the first time I faced this. A lot of times. And most of the time I choose to ignore. But not this time.

“Sejak bila masyarakat kita seronok mengutuk dan mengata orang berjemaah macam ni? Is this okay? Behaviour ni accepted ke di zaman 2025 ni?

“Saya faham, kita tak boleh nak buat semua orang suka kita.

“Dan kalau sepanjang 9 tahun saya mengacara atau berlakon, ada yang tak suka, itu hak masing-masing. Dan saya minta maaf,” katanya.

Mengulas lanjut, Uyaina juga menegaskan, dia akan memperbaiki segala kelemahannya namun, menganggap mana-mana individu yang meninggalkan komen bersifat ‘personal attack’ disifatkannya sebagai tindakan buli siber.

“Yang penting, saya jalankan tanggungjawab saya sebagai pengacara sebaiknya dan menghiburkan, menyampaikan ilmu/info/manfaat yang berguna kepada masyarakat juga sebaiknya.

“Mana-mana komen yang boleh saya perbaiki diri, saya akan cuba perbaiki.

“Tapi mana-mana komen yang personal attack berdasarkan your personal preference, itu adalah cyber bully. And it’s not okay.

“Nasib baik saya ni ada support system yang kuat, dan mental yang kuat jugak (because I ignore a lot) so saya tak terkesan sangat dengan kata-kata orang.

“Tapi, berapa ramai orang yang sorang-sorang? Dan kata-kata yang tajam ni akan buat dorang depression dan suicidal? Pernah terfikir tak?

“Come on guys. Be better than this. Do better than this,” jelasnya.

Perkara itu dikongsikan pengacara Wanita Hari Ini menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 14 Dec 2019

Penjawat Awam Langgar 20 Kereta Sebab Samun OKU!

Video suspek melarikan diri dengan kereta jenis Perodua Myvi berwarna biru turut tular di media sosial pada Jumaat.

Hiburan Mon, 9 Dec 2019
Featured Mon, 26 May 2025
Featured Mon, 13 Jun 2022

[VIDEO] “Terbaik Pejuang Islam Al-Quds..” – Akibat Dedah Aurat Paha, Segmen ‘What Is On The News Today?’ Kini Makan Diri Caprice?

Sesuai dengan peribahasa ‘Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia yang Lebih’ ke ni gais? 🤔🤔🤭

Featured Mon, 28 Jul 2025
Trending Thu, 10 Mar 2022

“Orang Tanya Bila Saya Nak Meminang Dia?” – Hanya Kawan, Alha Alfa Tak Kekok Dikaitkan Dengan Zara Zya

Usahawan selebriti, Datuk Seri Alha Alfa, 34, mengakui dia sudah lama menjalin persahabatan dengan pelakon Zara Zya. Menurut jurusolek popular ini, dia sendiri tidak tahu bagaimana gosip hubungan mereka boleh tercetus dan mendapat perhatian netizen. […]

Hiburan Mon, 23 Mar 2020
Featured Wed, 8 Apr 2020

88 peratus pesakit positif COVID-19 tidak tunjuk gejala

Pesakit tidak bergejala umpama bom jangka

Trending Sat, 29 Jun 2019

Usah Keliru Dengan Pingat, Ketua SPRM Jawab Isu ‘Bar Ribbon’

Susulan isu bar ribbon yang timbul selepas disuarakan oleh sebuah parti politik baru-baru ini, Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Latheefa Kota tampil memberi penjelasan.

error: Content is protected !!