Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 9, 2025 @ 6:24pm

“Berikan Aku Seribu Kesibukan” – Marissa Dania Sibuk Urus Bisnes, Enggan Fikir Hal-Hal Tidak Seharusnya

Anak kepada pelakon popular Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania terus melangkah ke hadapan apabila kini dilihat aktif menguruskan perniagaan miliknya meskipun dihimpit pelbagai kontroversi sebelum ini.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Marissa, 19, dilihat sibuk membungkus produk untuk dihantar kepada pelanggan sambil menitipkan doa yang menyentuh hati.

“Berikanlah aku seribu kesibukan, Ya Allah, agar aku tidak sempat memikirkan hal-hal yang tidak seharusnya aku fikirkan,” tulisnya ringkas.

Tindakan Marissa yang dilihat memilih untuk fokus perniagaan menerima reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar rezekinya terus mengalir.

@marissadaniahakim_

♬ suara asli – fredd – fredd

Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan hangat selepas didakwa bernikah di Songkhla, Thailand dan bergelar isteri kedua kepada lelaki pilihannya, Aslam.

Kontroversi pernikahan itu turut mencetuskan ketegangan dalam hubungan keluarganya, terutama melibatkan ibu bapanya, Abby dan Norman yang secara terbuka menyuarakan pandangan masing-masing.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 11 Jan 2020
Hiburan Sat, 31 Jan 2026

Tahniah! Shuib, Watie Bakal Terima Kehadiran Anak Perempuan

Tahniah, Shuib dan Watie bakal dapat baby girl!

Featured Fri, 9 Jun 2023

Hafidz Roshdi Waras! Kes Pukul Isteri Diteruskan Pada…

Tak sabar nak tahu keputusan kes…

Featured Thu, 25 Apr 2024

Kakak Meninggal Secara Mengejut, Kaka Azraff Ambil Alih Jaga 4 Orang Anak Saudara – “Saya Langsung Tidak Mahu Sambut Raya Tahun Ini”

Sebaknya! Hanya yang kehilangan insan tersayang je faham perasaan tu😪. Moga Allah mengangkat darjat Kaka. Al-Fatihah

Featured Thu, 29 Jan 2026

Aktor Popular Berusia 40-an Direman 3 Hari, Bantu Siasatan Kes Dadah

Pelakon lelaki tersebut kini ditahan selama 3 hari sehingga esok.

Hiburan Thu, 20 Feb 2020
error: Content is protected !!