Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 11, 2025 @ 7:40pm

Yah Kuchai Kini Bergelar Penyanyi… Yah! Lancar Single Pertama Berbahasa Inggeris, ‘My Song To You’

Dikenali dengan watak Yah Kuchai, pelakon dan personaliti media sosial, Yah! atau nama sebenarnya Afea Deanna Baharudean, kini melangkah ke fasa baharu dalam kerjayanya apabila tampil sebagai penyanyi dan penulis lagu dengan pelancaran single sulung berbahasa Inggeris berjudul My Song To You.

Yah! mula dikenali menerusi watak popular Yah Kuchai dalam siri televisyen arahan Allahyarham Mamat Khalid yang pernah mencetuskan fenomena menerusi dialog viral “Mi Kari Kuah Laksa”.

Namun di sebalik sisi komedi yang menghiburkan, tersimpan hasrat dan emosi mendalam yang ingin disampaikan melalui muzik.

Menampilkan kolaborasi bersama Ku Yen, Barr Hadif dan Rudy Nastia, My Song To You ditulis sepenuhnya oleh Yah! sendiri, menjadikannya satu karya peribadi yang sarat makna.

“Menulis lagu ini sangat peribadi buat saya. Ia tentang cinta, penghargaan, dan juga satu bentuk pemulihan diri. Saya mahu orang yang mendengar lagu ini rasa disayangi dan difahami, walaupun mereka berada jauh atau melalui waktu sukar,” luahnya.

Lebih menarik, lagu ini juga merupakan hasil kemampuan Yah! dalam penulisan bahasa Inggeris, satu kelebihan yang dimilikinya sejak pengajian dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

“Mungkin ramai tak tahu saya pernah menyambung pelajaran dalam jurusan TESL dan saya mahu gunakan kelebihan itu untuk berkarya,” katanya lagi.

Single ini merupakan usaha bersama antara dua label muzik, Buduck Records dan Sony Music Malaysia, yang menyokong penuh langkah pertamanya dalam industri muzik tanah air.

Yah! turut menyatakan keyakinan bahawa lagu ini mampu menghubungkannya dengan lebih ramai pendengar, termasuk di luar negara.

“Saya tahu ini baru langkah pertama, tetapi saya benar-benar berharap lagu ini boleh jadi jambatan antara saya dan pendengar seluruh dunia. Saya mahu orang luar sana tahu, orang Malaysia pun ada suara dan cerita yang kuat untuk dikongsi,” ujarnya.

Bagi Yah!, ini bukan sekadar percubaan sementara tetapi satu langkah serius dalam membina kerjaya muzik.

“Saya harap peminat yang mengenali saya sebagai pelakon akan terus menyokong saya dalam fasa baharu ini. Ini bukan percubaan suka-suka, ini adalah impian yang mungkin boleh merubah masa hadapan saya,” katanya dengan penuh tekad.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Fri, 15 Sep 2023
Cahaya Mata Thu, 27 Oct 2022
Hiburan Fri, 24 Nov 2023
Hiburan Tue, 3 Sep 2019
Hiburan Wed, 29 Apr 2026

“Takkan Nak Tersenyum Setiap Masa? Jangan Cepat ‘Menghukum” – Rosyam Nor Tepis Dakwaan Artis Sombong

Rosyam berpendapat bahawa tidak wajar untuk terus cepat menghukum kerana artis juga manusia biasa yang turut berdepan keletihan dan tekanan kerja. 

Hiburan Tue, 14 Nov 2023
Trending Fri, 5 Jul 2019

罕见「长四只耳朵」的猫咪

就算你不是嗜猫如命的猫奴族,在现在各大社群平台上充斥的各种可爱猫咪的照片、影片的情况下,你很难避免被这些猫咪给萌的不要不要的。

Hiburan Sat, 24 Jan 2026

“Kami Sedia Disaman, Dipenjara Sekalipun” – Puteri Balqis Tegas Pertahan Kenyataan

Aqish turut mendedahkan pihaknya bersedia untuk berkongsi bukti-bukti membabitkan isu tersebut

Featured Tue, 21 Dec 2021

Finalis Lagu Cinta Kita 3 Bakal Bawa Kejutan Di Pentas Akhir

Pada Ahad yang lalu, kita sudah menyaksikan empat pasangan Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) berjaya mara ke pentas akhir yang akan berlangsung 26 Disember ini. Empat pasangan yang akan beraksi di pentas akhir nanti ialah […]

Trending Thu, 3 May 2018

下雨她来不及收衣…楼上窗户伸出两把伞

很多人都有这样的经验,在阳台晒衣服,忽然一阵大雨,来不及收,衣服被淋湿,于是又要重洗了。不过,中国浙江最近出现一个温馨的画面,有一名老翁看到楼下的衣物还没收,在窗户边默默撑起伞,直到邻居来收衣服。

error: Content is protected !!