Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 14, 2025 @ 11:02am

Didakwa Sebar Fitnah, Scammer Bakal Saman Abby Abadi – “Bermimpi Ke Mereka Ni?”

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi memaklumkan, individu yang didakwa menipunya sebelum berhubung penipuan tempahan tudung  sekali lagi melakukan tindakan di luar jangkaan apabila bakal menghantar Letter Of Demand (LOD) menerusi peguam mereka.

Kata Abby, surat tuntutan itu dihantar atas alasan fitnah dan tindakannya yang sebelum ini didakwa menjatuhkan reputasi mereka termasuklah mendatangkan kecederaan kepada anak-anaknya.

“Berkait isu tipu/ scam tempahan tudung haritu. Mereka tu nak saman saya. Katanya saya buat fitnah pada mereka hingga menjatuhkan reputasi mereka.

“Konon saya kaitkan dengan anak-anak mereka hingga boleh mendatangkan kecederaan kepada anak-anak itu. (ini ditambah-tambah nak sedapkan rasa ke apa ni?)

“Mereka nak hantar LOD melalui lawyer guys,” katanya.

Enggan berdiam diri, Abby bagaimanapun berkongsi kronologi kejadian sebelum berjumpa individu tersebut untuk menuntut semula wang yang ditipunya.

“Tipu apa nya? Dah tentu saya ada bukti.. Saya dah buat 2 report polis. Hari yang sama, saya dah pergi serbu dekat bengkel tempat suaminya bekerja dan dia dah bayar balik pun duit saya untuk penipuan kali kedua.

“Makna betul lah dia scam, sebab dia bayar balik kan?? Dan asbab saya pergi serbu tu, saya  berjaya dapatkan balik duit saya. Jadi, dimana yang kata saya fitnah tu? Tengah bermimpi ke apa mereka ni?,” soalnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by abbyabadi_112 (@abbyabadi_112)

 

Justeru, tidak mahu terus menjadi mangsa, Abby memohon agar mana-mana pihak yang pernah menjadi mangsa penipuan pasangan terbabit tampil dan bersama-sama membuat laporan polis bagi membanteras aktiviti scam mereka.

“So sesiapa yang kena scam juga dengan orang yang sama, boleh ikut saya nanti.

“Boleh kumpul semua report polis yang dah dibuat. Boleh sama-sama tunggu mereka,” jelasnya.

Abby atau nama lengkapnya, Arbaiyah Abdul Manan berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Ahad.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 8 Nov 2022
Hiburan Sat, 4 Jan 2020

SonaOne Ceburi Bidang Filem Pula?

Support SONAONE geng!

Hiburan Wed, 28 Nov 2018

Ramai Penduduk Indonesia Belajar Bahasa Isyarat Lepas Tonton Muzik Video DIA

Akui Anji, dia turut mengikuti kelas belajar bahasa isyarat selama beberapa bulan untuk mendalami golongan bisu dan pekak.

Featured Wed, 25 Jan 2023
Hiburan Wed, 2 Aug 2023
Featured Thu, 24 Nov 2022
Featured Wed, 29 Nov 2023

Bakal Tamatkan Zaman Janda, Ibu Ashraf Sinclair Restu Perkahwinan BCL & Tiko Aryawardhana

Beruntungnya BCL dapat ibu mentua macam ibu Ashraf❤️🌹

Featured Wed, 26 Jan 2022
error: Content is protected !!