Euforia Bola 2026
Featured By: Padin July 14, 2025 @ 4:29am

Tips Anti Gangguan Seram, Sila Elak 6 Perkara Kalau Tak Mahu Kena Kacau!

Gangguan seram bukan lagi sesuatu yang asing dalam budaya masyarakat tempatan, apatah lagi dengan kisah-kisah seram yang sering dikongsi di media sosial dan rancangan televisyen.

Berikut antara tip tradisional dan urban yang dipercayai boleh membantu mengelakkan gangguan mistik:

  • Jangan sahut bila ada suara panggil nama pada waktu malam.
    Jika terdengar suara memanggil dari luar bilik atau kawasan sunyi, abaikan sahaja. Banyak kisah mendakwa ia hanyalah tipu daya makhluk yang mahu memperdaya.
  • Elakkan tinggal pinggan kotor semalaman.
    Selain menarik semut, kepercayaan orang lama menyatakan pinggan mangkuk kotor boleh mengundang ‘penumpang’ lain, khususnya di dapur.
  • Letakkan gunting bawah bantal.
    Petua klasik yang dipercayai mampu mengelakkan mimpi buruk dan gangguan ketika tidur.
  • Jangan main permainan seru-seru.
    Permainan seperti ‘Charlie Charlie’, cermin jam 3 pagi dan yang seangkatan dengannya dianggap mengundang bahaya dan membuka ‘pintu gangguan’.
  • Jangan berjalan sendirian waktu Maghrib.
    Dalam banyak kepercayaan, waktu senja dianggap ‘waktu peralihan’ dan lebih mudah terbuka kepada dimensi lain. Elakkan berada di kawasan sunyi ketika ini.
  • Tidur awal.
    Semakin lewat berjaga, semakin tinggi risiko untuk diganggu, itu merupakan kata orang-orang tua. Malah, rutin tidur yang sihat juga baik untuk kesihatan mental.

Namun, jika anda tergolong dalam golongan yang gemar menguji keberanian dan tidak gentar dengan kisah seram, satu saluran khas menanti, Saluran Seram 24 Jam di Tonton menjanjikan pengalaman seram tanpa henti.

Saluran Seram 24 Jam THRILL di Tonton bukan sekadar hiburan menyeramkan, tetapi turut mengetengahkan unsur budaya, kepercayaan dan warisan cerita rakyat dalam bentuk visual. Bagi mereka yang berani dan gemar menguji tahap ketakutan diri, saluran ini menjadi pilihan tepat, 24 jam tanpa henti.

Untuk langganan dan maklumat lanjut, layari sekarang di SINI!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Apr 2018

Hanna Delisha Hanya Rakan Sekerja, Syafiq Kyle Masih Solo!

Artis atau orang biasa, bagi saya masing-masing ada kelebihan. Saya tidak mahu bongkak cakap menolak jodoh dalam kalangan artis atau bukan. Sebab kita tidak tahu jodoh dengan siapa. Betul tu Syafiq, sabar dulu ya!

Trending Wed, 24 Jun 2020

Sebak! Ibu Melutut Depan Pegawai Polis Selepas Selamatkan Nyawa Anaknya 3 Tahun Lalu

Cukup sayu. Tular sebuah video di laman sosial media mengenai seorang wanita yang melutut di hadapan anggota polis selepas terhutang budi kerana menyelamatkan nyawa anaknya.  Kejadian yang berlaku di China itu bermula apabila dua orang anggota […]

Featured Mon, 6 Oct 2025

Isu Fitnah & Buli Siber, Aaron Aziz Ambil Tindakan Undang-Undang – “Permudahkan Urusan Kami”

Datuk Aaron Aziz akhirnya mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa terlibat dalam perbuatan buli siber serta penyebaran fitnah membabitkan dirinya dan keluarga baru-baru ini.

Hiburan Wed, 20 Dec 2023

Imran Aqil & Dahlia Rizal Adakan Lima Kali Majlis Resepsi, Rupanya Gara-Gara…

Ohh patut lah yang penting meriah semua majlis resepsi Imran & Dahlia

Featured Thu, 14 Oct 2021

Adele Umum Bakal Muncul Album Baru Bulan Depan

Penyanyi terkenal, Adele mengumumkan bahawa album baharunya yang berjudul 30 akan dilancarkan pada 19 November ini. Adele membuat pengumuman itu menerusi ‘tweet’ di Twitter semalam. “30 – November 19,” tulisnya ringkas. 30 – November 19 […]

Featured Tue, 1 Nov 2022

“Duda Terhangat Di Pasaran” – Shuib Dedah Terima DM Makcik & Wanita Yang Mahu….

Baru-baru ini, pelawak dan usahawan terkenal Shuib Sepahtu mengakui ada mendapat banyak Direct Message (DM) dihantar oleh ‘makcik-makcik’ yang ingin menjadikannya sebagai menantu mereka. Menerusi temu bual bersama Nabil di program MeleTop, Shuib turut memberitahu […]

error: Content is protected !!