Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 15, 2025 @ 7:27pm

[VIDEO] Sebak Lihat Kalimah Allah di Langit, DSV Niat Wakaf Banglo Jadi Pusat Pengajian Al-Quran Arwah Nurly

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) tidak mampu menahan sebak apabila mendakwa terlihat tulisan kalimah Allah di langit malam, tepat di atas sebuah banglo lamanya di Jerteh, Terengganu.

Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di platform TikTok, DSV dilihat menangis teresak-esak, meluahkan rasa terharu atas kejadian luar biasa itu yang berlaku ketika dia sedang meninjau kediaman mewah miliknya yang lama ditinggalkan.

Difahamkan, rumah berkenaan bakal diubah suai menjadi pusat pengajian dan penulisan Al-Quran, diberi nama Baitul Nurly Jannah yang diilhamkan daripada nama arwah Nurly Sahira, mangsa tragedi nahas bas UPSI yang juga sangat mencintai Al-Quran.

“Saya singgah rumah lama saya di Jerteh yang sudah lama saya tinggalkan. Kebetulan, ia hanya beberapa minit dari rumah keluarga arwah Nurly. Saya cuma nak tengok dari luar pagar sambil merakam anak bulan yang cahayanya sangat terang.

“Tiba-tiba… Allahuakbar, luluh hati saya apabila terpampang Kalimah Allah di langit malam diterangi cahaya bulan,” katanya di ruangan kapsyen.

Menurut DSV lagi, sebelum ke lokasi tersebut, dia sempat memanjatkan niat dalam hati untuk mewakafkan rumah itu sebagai pusat ilmu buat umum, khususnya bagi memartabatkan Al-Quran dan memperingati keperibadian mulia Nurly.

“Saya memang niat nak jadikan rumah ini pusat pengajian dan penulisan Al-Quran, Baitul Nurly Jannah sebagai amal jariah dan kenangan kepada arwah Nurly Shahirah yang sangat mencintai kalam Allah,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh dan menganggap kejadian itu sebagai satu keajaiban, malah menyokong usaha DSV yang disifatkan sebagai satu langkah murni.

@quputehtomatohq

Saya singgah rumah saya di Jerteh yang dah lama saya tinggalkan , kebetulan beberapa minit dari rumah keluarga arwah Nurly Sahira . Hanya nak tengok keadaan dari luar pagar. Sambil saya record anak bulan yang cahaya nya sangat terang tiba tiba Allahuakbar luluh hati saya apa bila terpampang Kalimah Allah di langit malam di terangi cahaya bulan ?? Sebelum ke sana saya berniat di dalam hati untuk jadi kan rumah ini PUSAT PENGAJIAN & PENULISAN AL-QURAN BAITUL NURLY JANNAH BAGI MENGENANGKAN KEPRIBADIAN ARWAH NURLY SAHIRA YANG CINTAKAN AL – QURAN ❤️@BAITUL NURLy JANNAH TAPI ALLAH MAHA MENDENGAR DAN MELIHAT NIAT BAIK SAYA???DOAKAN SAYA #CapCut #fyppppppppppppppppppppppp #masukfypdong #masukbrandafyp #masukbranda #baitulnurlyjannah #nurlysahira

♬ original sound – aliashasshim – aliashasshim

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Jun 2023
Hiburan Fri, 8 May 2026

Alya Iman Akui Tak Percaya Susuk, Lebih Yakin Dengan Aura Positif

Alya Iman menegaskan dia tidak pernah mempercayai amalan memakai susuk demi kecantikan

Hiburan Sat, 27 Nov 2021

“Menyanyi Saja Tak Cukup, Saya Perlu Lengkapkan Dengan Ilmu” – Aina Abdul Bersyukur Berjaya Genggam Sarjana Muda Muzik

Penyanyi Aina Abdul, 28, bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian dalam Sarjana Muda Muzik Kontemporari di Universiti UCSI, Kuala Lumpur. Menghadiri sesi graduasi yang berlangsung pagi tadi, Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani mengakui […]

Featured Mon, 14 Jul 2025

“Tolonglah! Jangan Kaitkan Nabila Huda” – Shila Amzah

Shila sekali lagi menegaskan Abil tiada kaitang dengan isu tular.

Hiburan Thu, 6 Nov 2025

“Kalau Arwah Ayah Dia Ada, Dah Kena Baling Kerusi” – Ina Naim Akui Tegur Hadie, Mohon Netizen Jangan Hukum

Hadie dikritik semakin berubah selepas sertai industri hiburan, Ina Naim bersuara

Hiburan Fri, 18 Jul 2025

Pusingan Akhir Pitch Story ke TV3 & Pencarian Pelakon Drama Sangat Lahirkan 2 Bintang Baharu, Angkat 3 Idea Kreatif!

Tahniah kepada semua pemenang Pencarian Pelakon Drama Sangat dan Pitch Story Anda ke TV3!

Hiburan Sat, 31 Aug 2019

《八度空间嘉年华》盛大举行!邀你共度中秋佳节庆团圆

2019年《八度空间嘉年华》盛大举行!9月7日和8日,邀你出席雪兰莪莎阿南Central i-City,共度中秋佳节庆团圆。

Hiburan Tue, 26 Aug 2025

Rancang Cahaya Mata… Bunga ‘All-Out’ Fokus Kerjaya, Muncul Dengan Kolaborasi Superstar

Bunga mahu menumpukan fokus dan merancang menimang anak dalam tempoh dua tahun akan datang.

error: Content is protected !!