Euforia Bola 2026
Trending By: Padin July 15, 2025 @ 9:26pm

Kucing Comel Menanti Rumah Baharu di Program Program Pengambilan Kucing Furever Friends!

Inisiatif kebajikan haiwan menerusi kempen Furever Friends, hasil kerjasama SAYS, JUICE, Fly FM dan Lumi News, bakal menganjurkan Cat Adoption Drive pada Sabtu, 20 Julai ini bertempat di Pavilion Damansara Heights.

Program tersebut berlangsung dari jam 1 hingga 6 petang, bersempena dengan acara Cat Fashion Week anjuran TV3.

Program adopsi ini bertujuan mengetengahkan isu kebajikan haiwan dan menyokong usaha menggalakkan orang ramai untuk memilih adopsi sebagai pilihan utama berbanding membeli haiwan peliharaan.

Menurut penganjur, kucing-kucing yang bakal diadopsi dijaga rapi oleh pihak Pads & Paws KL, dan acara ini menjadi platform kepada pengunjung untuk berkenalan dengan si comel yang sedang mencari rumah kekal dan penuh kasih.

“Setiap kucing berhak mendapat peluang kedua, serta tempat tinggal yang selamat dan penuh kasih sayang.”

Ramai antara kucing yang menanti untuk diambil sebagai peliharaan berasal daripada situasi sukar, termasuk yang diselamatkan dari jalanan, ditinggalkan pemilik asal atau diserahkan oleh individu yang tidak mampu lagi menjaganya.

Dengan memilih untuk mengadopsi, para pengunjung bukan sahaja menyelamatkan nyawa kucing tersebut, malah membantu memberi ruang kepada haiwan lain yang menunggu peluang di pusat jagaan atau rumah penjaga sementara.

Proses adopsi di tapak acara juga dipermudahkan. Pengunjung hanya perlu mengimbas kod QR dan mengisi borang permohonan. Sekiranya diluluskan, pemohon akan dikenakan bayaran adopsi sebanyak RM150 untuk seekor kucing atau RM250 untuk dua ekor, di samping menandatangani kontrak adopsi sebelum membawa pulang haiwan peliharaan mereka.

Untuk anak kucing kecil yang belum dikembiri, deposit RM100 bagi setiap ekor akan dikenakan dan dipulangkan semula selepas bukti prosedur kembiri diberikan. Anak kucing yang lebih dewasa pula telah pun dimandulkan. Para adopter diminta membawa pet carrier masing-masing, namun sekiranya belum bersedia, Pads & Paws KL akan membantu menjaga kucing berkenaan sehingga pengambilan dibuat.

Menambah kemeriahan acara, TV3’s Cat Fashion Week turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik termasuk zon catwalk, photo booth, seni lukisan muka, dan peluang memenangi hadiah istimewa.

Acara ini turut menjadi sebahagian daripada promosi kepada pertandingan fesyen kucing pertama di Malaysia yang bakal disiarkan di kaca televisyen.

“Jangan lupa saksikan kemuncak Cat Fashion Week di TV3, jam 9 malam pada 17 Ogos, untuk mengetahui siapakah ‘meow-del’ yang bakal dinobatkan sebagai juara.”

Orang ramai digalakkan hadir dan memberi peluang kedua kepada si bulus, sambil menyumbang kepada perubahan positif terhadap kebajikan haiwan.

Untuk info lanjut mengenai kempen Furever Friends, layari says.com/fureverfriends atau ikuti SAYS di Instagram dan TikTok.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 20 Mar 2025

Selepas 7 Tahun, Shahrol & Ajak ‘Comeback’ Di Pentas Temasya Komedi Rakyat

Shahrol dan Ajak mengaku tidak wujud perasaan kekok apabila digandingkan bersama menerusi pentas Temasya Komedi Rakyat

Hiburan Mon, 17 Jul 2023

[VIDEO] Akim Ahmad Teringin Isteri C*um Masa Live, Reaksi Stacy Anam Buat Netizen Terhibur!

Straight forward terus 🤣 Cute betul lah Stacy & Akim sempoi je! 🥰

Trending Mon, 13 Apr 2020
Trending Mon, 13 Jan 2020

Was That Really Her? Adele’s New Physical Appearance Received Praised From Fans

We still love her no matter what shapes she’s in..

Hiburan Wed, 28 Feb 2024

“Ibu Akan Tepuk Bahu Dan Kata…” – Wany Hasrita Akui Sukar Urus Anak Sendirian

Semoga dipermudahkan urusan Wany membesarkan anak ❤️

Trending Wed, 16 Oct 2019

19 Kad Ucapan Hari Lahir Khas Buat Anak!

Untuk anak tercinta kerana Dah Tahu Nak ‘Pergi’,

Featured Wed, 25 Jan 2023
error: Content is protected !!