Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 15, 2025 @ 9:58pm

Jelmakan Watak Raisha, Cahaya Nilam Jadi ‘Diva & Annoying’ Dalam Seoul Cinta

Pendatang baharu yang semakin mencuri perhatian, Cahaya Nilam, tampil dengan watak tersendiri dalam drama bersiri terbaharu yang sedang menjalani penggambaran bertajuk Seoul Cinta.

Membawakan watak sebagai Raisha dalam Seoul Cinta, Cahaya menyelami karakter seorang selebriti yang kelihatan ‘classy’ dan penuh glamor di mata umum.

Namun di sebalik dunia selebriti yang mewah, tersembunyi sisi kehidupan Raisha yang sunyi dan tertekan.

“Raisha adalah jenis wanita yang akan kejar apa saja yang dia mahukan. Tapi hakikatnya, dia sangat lonely. Ayah dia seorang ahli perniagaan yang pentingkan nama dan reputasi, sampai sanggup ‘jual’ anak sendiri demi kepentingan peribadi,” jelas Cahaya mengenai karakter yang dibawanya.

Berkongsi mengenai pengalaman menjayakan watak Raisha, wanita cantik ini mengakui hanya ada satu cabaran utama ketika menjayakan karakter tersebut.

“Cabaran paling besar? Nak kekalkan posture Raisha dari awal sampai habis!,” katanya sambil ketawa.

Menariknya, Seoul Cinta juga menyatukan Cahaya bersama beberapa nama pelakon popular lain termasuk Siti Khadijah Halim, Fitri Farok, Muaz Zabir, Haidar Hasanudin dan ramai lagi.

“Ini kali pertama saya bekerjasama dengan mereka semua. Alhamdulillah, semua sangat baik dan mudah bekerjasama. Suasana di set pun seronok dan banyak bantu saya untuk ‘masuk’ dalam watak.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada seluruh team Seoul Cinta, terutamanya kepada pengarah kami, Nizam Zakaria, yang banyak beri bimbingan dan ruang untuk saya berkembang. Terima kasih juga kepada penerbit, Jalena Rejab, atas peluang besar ni dan semua barisan pelakon yang sangat supportive dan welcoming. Saya rasa sangat bertuah dapat bekerja dengan team yang hebat macam ni,” katanya.

Menyentuh tentang harapan untuk drama ini, Cahaya berkata dia percaya Seoul Cinta terbitan Country and Universal Sdn Bhd ini mampu menyentuh hati penonton.

“Saya harap Seoul Cinta akan sampai ke hati penonton. Jalan ceritanya sangat jujur, tentang cinta dan harapan. Saya juga harap penonton boleh tengok diri mereka dalam watak-watak yang ada, dan mungkin… mereka akan sayang watak saya, walaupun Raisha ni diva dan kadang-kadang annoying,” katanya berseloroh.

Masih lagi dalam pembikinan, krew dan pelakon drama bersiri Seoul Cinta bakal berangkat ke Korea untuk menyelesaikan penggambaran di sana. Drama bersiri ini bakal ditayangkan di TV3 tidak lama lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 27 Aug 2018

Ini Pesan Akim Ahmad Paling Win Buat Treehill Band

Akim dilihat memuat naik kenyataan berupa komen tersebut apabila lagu terbaharu ciptaannya berjudul Terbang telah berjaya mendapat lebih 700k tontonan dilaman Youtube sejak ia dilancarkan

Hiburan Thu, 4 Jan 2024

Hentikan Sebar Berita Palsu…Hasnol Belum Meninggal Dunia, Masih Stabil & Sedang Dirawat Di Hospital

Kita sama-sama doakan agar kesihatan abang Hasnol baik-baik sahaja serta segera sembuh🤲🏻

Hiburan Wed, 7 Mar 2018

Impian Beli Rumah, Kereta Mewah Tercapai

Berkat kesungguhan dan doa dari ibu bapa, apa yang diimpikan akhirnya tercapai juga untuk membalas jasa orang tua

Featured Fri, 14 Nov 2025

Babak Atas Ranj*ng Riena Diana & Keith Foo Dalam Toksik Cinta Dikritik

Adegan intim melibatkan pelakon Riena Diana dan Keith Foo menerusi drama Tonton berjudul, Toksik Cinta mengundang kecaman

Featured Tue, 29 Nov 2022

[VIDEO] “Nak Lawan Orang ‘Keras’, Kena Berlembut…” – Pertama Kali Bekerjasama, Yasmin Hani Kongsi Cara Hadapi Momen ‘Menyirap’ Sheila Rusly 

Min setuju dengan cara Yasmin Hani tu. Kalau lawan dengan ‘keras’ juga, tak settle masalah 🤭🥵

Events Mon, 12 Aug 2024

“Pulanglah Dah Empat Bulan Anak-Anak Tak Jumpa Abi” – Isteri Azizulhasni Awang

Betapa besarnya pengorbanan seorang atlet negara, sebak min😥

Hiburan Sat, 19 Jan 2019
error: Content is protected !!